Artikel PilihanBuletin

ANUGERAH KERETA TERPAKAI TERBAIK PUN ADA DAN MERCEDES-BENZ MENANG BESAR

Biasanya setiap penghujung atau awal tahun peminat automotif disajikan dengan Anugerah Kereta Terbaik. Ada yang dihadiahkan oleh majalah dan ada juga oleh badan profesional. 

Ini pula suatu yang jarang dibuat iaitu Anugerah Kereta Terpakai Tahunan. Program tersebut dianjurkan oleh penerbitan What Car? dan untuk tahun ini Mercedes-Benz menang besar.

Tetapi sebelum itu anugerah seperti ini memang masuk akal. Ia sebenarnya mengiktiraf kereta terbaik untuk mereka yang tidak mahukan kereta baharu atau berhutang banyak.

Ini dilihat sebagai satu program yang menyanjung pengguna dan industri kenderaan terpakai.

Untuk Anugerah Kereta Terbaik Tahunan What Car? 2019, Mercedes-Benz telah membolot empat pengiktirafan. Mercedes-Benz S-Class (model 2014 – sekarang) memenangi Anugerah Kereta Mewah Terpakai Tebaik Tahunan. S-Class turut memenangi Anugerah Kereta Mewah Terpakai Terbaik bagi harga di bawah GBP 40,000.

Dua lagi pengiktirafan iaitu Kereta Terpakai Tahunan Terbaik 2019 dan Kereta Wagon Terpakai Tahunan Terbaik 2019 dimenangi oleh Mercedes-Benz E-Class Estate (model 2017 – sekarang). Mercedes-Benz S

Mercedes-Benz bukan sahaja diiktiraf diperingkat tertinggi malah turut berada dalam senarai pendek anugerah.

Mercedes-Benz E-Class Estate disenarai pendek dalam Anugerah Kereta Wagon Terpakai Terbaik bagi harga kurang daripada GBP 27,000, E 350 e (model 2017-2018) tercalon dalam Anugerah Kereta Hijau Terpakai Terbaik di bawah GBP 40,000 manakala Mercedes-AMG GT (model 2015 – sekarang) dalam Kereta Sport Terpakai Terbaik di bawah GBP 120,000.

Mercedes-Benz E-Class dipilih berdasarkan beberapa ciri seperti teknologi inovatif, keselesaan dalaman, enjin yang cekap dan kos pemilikan rendah. S-Class pula dipilih berdasarkan kualiti pemanduan, keselesaan dalaman dan tahan lasak.

Satu lagi perkara menarik untuk kita rakyat tempatan ialah model-model di atas sebenarnya boleh dimiliki melalui pengimport bebas yang membawanya masuk dari United Kingdom.

Selain itu benarlah cakap-cakap di jalanan bahawa Mercedes-Benz senang dibela dan kurang meragam. Harga model terpakai pun agak munasabah dan tidak susut nilai macam air terjun.

BACA: MERCEDES-BENZ C36 AMG – 25 TAHUN DAH KERETA SLEEPER HEBAT INI

BACA: MERCEDES X-CLASS YANG DITALA OLEH BRABUS. NAVARA BOLEH SALIN TAK?

Google ads
Back to top button