Buletin

APABILA NISSAN BUAT KERETA SALJI, JADI ALTIMA-TE AWD

Seronok sebenarnya jika mengikuti perkembangan Nissan di Amerika Utara (Amerika Syarikat dan Kanada).

Nissan adalah jenama rakyat di sana dan mempunyai pelbagai produk daripada Versa (Almera) sehingga pikap bersaiz penuh Titan dengan enjin V8.

Bukan sahaja mempunyai pelbagai produk malah pengedar tempatan turut kreatif dalam projek bebas.

Projek terbaru ialah di Kanada apabila sebuah Altima (Teana) diubahsuai secara luar biasa.

Projek yang dinamakan sebagai Altima-te AWD ini dibuat untuk menonjolkan Altima yang merupakan sedan pertama di Amerika Utara ditawarkan dengan sistem pacuan semua roda (AWD).

Di Kanada, AWD merupakan ciri standard pada Altima 2019.

Projek gila ini bukan kali pertama, Nissan pernah tampil dengan Rogue Warrior yang dipertontonkan pada Pameran Kenderaan Antarabangsa Montreal (MIAS) 2016.

Projek ubahsuai Altima dibuat oleh Motorsports in Action (MIA) di Quebec menggunakan sistem trek salji daripada American Track Truck.

Berikut ialah kerja-kerja modifikasi pada Nissan Altima-te AWD:

  • Trek salji yang digunakan berukuran 48 inci panjang, 30 inci tinggi dan 15 inci lebar
  • Chasis dan badan kereta memerlukan ubahsuai ekstrem berbanding projek Rogue (X-Trail) Warrior sebelum ini
  • Ubahsuai paling ketara ialah pada fender depan dan belakang yang dikembangkan kepada7 inci pada kedua-dua sisi bagi memuatkan sistem trek DOMINATOR
  • Badan kereta dilebarkan kepada 14 inci tetapi garis dan bentuk asal Altima masih kekal
  • Fender baharu dibina menggunakan kabus ketumpatan tinggi dan resin epoksi yang biasa digunakan dalam struktur bot
  • Proses tersebut sahaja memakan masa lebih daripada 150 jam dan keseluruhan projek mengambil masa 250 jam
  • Fender lebar ini penting supaya salji tidak menghalang pemandangan pemandu
  • Tinggi kereta dinaikkan kepada 3 inci dengan komponen suspensi ditinggikan kepada 1.96 inci
  • Galas (bearing) bebanan bahagian chasis belakang pula direndahkan kepada 1.18 inci
  • Geometri suspensi turut diubahsuai supaya seimbang akibat daripada perubahan ketinggian dan mengembalikan kinematik yang betul

Nissan Altima-te AWD ini akan dipamerkan pada MIAS 2019 dan bukan untuk dijual supaya dapat digunakan di kawasan bersalji di AS atau Kanada.

Ini projek one-off sahaja dan memang gila. Bayangkan bermain dalam sajli tetapi duduk dalam kereta sedan. Lepas itu buka penyaman udara.

Hew hew hew.

BACA: NISSAN NOTE ADALAH KERETA TERLARIS JEPUN TAHUN 2018

BACA: INI KISAH BAGAIMANA NAMA NISSAN SUNNY DIPILIH DAN PERSAMAAN DENGAN PROTON SAGA

Google ads
Back to top button