APAKAH KESUDAHAN KRISIS PAKATAN RENAULT-NISSAN-MITSUBISHI?

SHARE

Sejak seminggu lalu begitu banyak berita, ulasan dan pendapat mengenai krisis pemecatan Carlos Ghosn oleh Nissan Motor Co., Ltd.

Selepas disingkirkan dari Nissan, sebuah lagi syarikat sekutu iaitu Mitsubishi Motor Corp. pula memecat Carlos Ghosn.

Krisis ini tidak mudah kerana ia melibatkan dua negara iaitu Perancis dan Jepun. Sehingga artikel ini ditulis Carlos Ghosn masih belum dilepaskan dari tahanan pihak berkuasa Jepun.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

Tokoh tersebut dan peguamnya masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berkenaan kes ini. Apa yang ada hanyalah laporan media dan ada juga menjurus kepada spekulatif.

Seperti artikel kami sebelum ini faktanya ialah Nissan menyumbang jualan terbesar dalam Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi.

Jadi apakah kesudahan krisis terbaru dalam industri automotif ini?

Kenyataan berikut yang dikeluarkan oleh ketiga-tiga syarikat di bawah pakatan tepat pada masanya:

“Dalam tempoh beberapa hari lepas, Ahli Lembaga Pengarah Groupe Renault, Nissan Motor Co., Ltd dan Mitsubishi Motors Corporation secara individu dan bersama dengan tegas mengulangi komitmen kukuh terhadap Pakatan.

Pakatan telah mencapai kejayaan yang gemilang dalam tempoh dua dekad lepas.

Kami akan kekal komited sepenuhnya terhadap Pakatan.”

29 November 2018

Dengan kenyataan ini segala spekulasi dan andaian tentang Pakatan boleh dihentikan dan eloklah kita menunggu kenyataan rasmi daripada pihak terlibat.

Dalam industri automotif, krisis adalah perkara normal dan mengikut apa yang telah berlaku kepada Toyota (alas kaki), Volkswagen (diesel) dan Suzuki (penggunaan bahan api) ketiga-tiga syarikat ini masih berdiri teguh.

Malah Kumpulan VW dan Toyota kekal berada di atas liga jualan teratas di dunia.

Cuma sekarang siapakah bakal menerajui Nissan dan Mitsubishi selepas ini?

BACA: DALAM PAKATAN, NISSAN JUAL LEBIH BANYAK KERETA DARIPADA RENAULT

BACA:  MITSUBISHI LANCER BELUM MATI. PAKATAN RENAULT-NISSAN AKAN SELAMATKANNYA

Mitsubishi Eclipse Cross

Mitsubishi Eclipse Cross

Share this post

scroll to top