APRILA DEDAH SPORTBIKE RS150 DAN TUONO 150. SERIUS GARANG MACAM RSV4!

SHARE

India, salah satu pasaran paling penting uat pengeluar motosikal seluruh dunia adalah tumpuan bagi lambakan model baru, khususnya berkapasiti kecil.

India Auto Expo 2018 yang membuka tirainya semalam menyaksikan “bintang” baru mencuri tumpuan. Aprilia membuka selimut misteri mereka dengan memperkenalkan Aprilia RS150 dan Tuono 150.

BACA: APRILA RS125 UNTUK EROPAH

Aprilia bukanlah nama baru dalam menghasilkan sportbike kecil yang menarik. Pada dekad 90-an mereka adalah pemain utama bagi mesin dua lejang menerusi RS125 dan RS250. Mereka juga bersaing dengan kembar itali Cagiva Mito dalam arena ini.

Namun kerana kawalan emisi yang semakin ketat, mesin-mesin dua lejang ini semua telah meninggal dunia sama sekali.

20 tahun selepas itu, Aprilia bangkit dengan RS125 empat lejang untuk pasaran Eropah. Namun ia terhad di benua sana dan tidak pasti kenapa ia tidak mendapat sambutan di benua Asia.

Bagaimanapun, Aprilia India mengambil keputusan untuk memperkenalkan RS4150 semalam dan jika melihat kepada spesifikasinya, ternyata ia sukar dikalahkan. Hatta oleh pemain Jepun sekalipun.

Ia adalah sportbike terkecil selepas RS125 tetapi dipasangkan dengan enjin satu selinder yang menghasilkan 18 kuasa kuda pada 10,000rpm dan 14Nm tork pada 7500rpm.

Sistem suspensi hadapannya terdiri dari sepasang fork USD 40mm dan suspensi belakang monoshock blehlaras. Brek 300mm di hadapan mungkin “overkill” untuk sebuah sportbike 150cc, tapi ia memang kelihatan kemas dan cantik.

Dikatakan juga bahawa model ini akan ditawarkan dengan quick shifter sebagai opsyen sementara sistem brek anti kekunci (ABS) pula sebagai peralatan standard!

Kelihatannya Aprilia memang mahu meletakkan produk mereka sebagai premium.
 
Rekabentuknya juga tidak kalah. Dengan rupa RSV4 1000 yang “disalin” menjadi kembar sikecil, termasuklah rekaan lengan ayun belakang berbentuk “pisang” (banana swing arm) yang menjadi trademark bagi superbike lebih besar.
 
Ia dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada November nanti.
 
Sementara itu, kami cuba mendapatkan respon Aprilia Malaysia. Tiada jawapan rasmi yang diberikan setakat ini tetapi menerusi sumber yang boleh dipercayai, ia tidak akan dibawa masuk ke pasaran sini.
 
SUMBER
ZIGWHEELS
 
 

Share this post

scroll to top