Buletin

ARCA GERGASI MAZDA 787B DI LAGUNA SECA RACEWAY

Sebagai menghargai kemenangan Mazda 787B dalam perlumbaan Le Mans, John Cerney seorang artis dari California telah menghasilkan sebuah arca gergasi di bahagian luar litar yang mempamerkan nama pengeluar terkenal tersebut: Mazda Raceway Laguna Seca. Inilah kelebihan bila memiliki litar sendiri, kita boleh menghiasnya sesuka hati.

Cerney telah dilantik oleh Sports Car Racing Association bagi Monterey Peninsular untuk menhasilkan arca jentera lagenda tersebut. Selain daripada itu beliau turut menghasilkan satu lagi arca gergasi pelumba MotoGP ternama, Wayne Rainey. Sebenarnya kat Malaysia pun banyak arca macam ni muncul tapi masa musim pilihanraya je, masa lain tak ada.

Karya yang dihasilkan daripada papan lapis didirikan di atas platform yang membolehkannya dilihat dari jelas dari Lebuh Raya Monterey-Salinas yang juga dikenali dengan nama Route 68.

BACA: MEMORI KEHEBATAN KERETA JEPUN TAHUN 90-AN – MAZDA LANTIS TURBO

Menurut Cerney, arca replika kereta lumba yang berwarna-warni itu boleh dilihat dengan jelas dari lebuh raya untuk memberitahu orang ramai yang ini adalah sebuah fasiliti perlumbaan yang hebat. Ianya cukup besar dan Cerney terpaksa menggunakan 10 kepingan besar papan lapis untuk menghasilkannya berbanding dengan arca Wayne Rainey yang hanya menggunakan enam kepingan.

Cerney mencuba sedaya upaya untuk menghasilkan hasil yang paling realistik baik dari segi garisan badan mahupun pelekat-pelekat penaja yang ada pada kereta sebenar. Warna oren terang dan hijau memang menyerlahkan lagi penampilan kereta lumba lagenda ini.

787B kekal sebagai satu-satunya kereta yang dihasilkan oleh pengeluar dari Jepun untuk memenangi perlumbaan 24-jam Le Mans. Walaupun kehebatan mereka nyaris digugat Toyota dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Mazda masih mengekalkan kehebatan dan mahu mengingati detik kejayaan tersebut dengan membina arca ini.

Sebagai tambahan, model-model 787 menyaksikan penggunaan enjin rotary-Wankel buat kali terakhir di dunia dan dalam perlumbaan di Jepun. Ia juga merupakan lambang kekuatan Mazda dalam dunia perlumbaan.

Laguna Seca pula merupakan sebuah liter bersejarah yang sudah berusia 60 tahun. Pelbagai perlumbaan perlumbaan penting telah dijadualkan sepanjang tahun ini untuk meraikannya. Bahkan pada minggun ini ia juga turut menjadi tuan rumah kepada acara Monterrey Car Week, satu acara ulung yang mengumpulkan semua kereta vintaj dari pelbagai nationaliti dalam satu acara.

Google ads
Back to top button