ARIEL ATOM BAHARU KINI DIKUASAKAN ENJIN HONDA CIVIC TYPE-R

SHARE

Kereta Ariel Atom sebenarnya sudah memasuki generasi yang keempat. Terbaru, pembuat kenderaan dari Britain itu telah melancarkan model 2018 dengan mendakwa hanya tiga komponen sahaja yang dipinjam daripada generasi terdahulu.

Ia benar-benar sebuah model baru dan diumumkan ketika Festival Goodwood of Speed yang sedang berlangsung minggu ini. Atom 4 mendapat kerangka yang dinilai semula dan sistem brek yang diperbaharui. Menurut Atom, kesinambungan sebenar kenderaan ini ialah struktur kenderaan yang jitu.

Ya. Tapi itulah tentang kereta Eropah atai British khususnya, mereka mungkin sangat bijak merekabentuk kerangka dan menjadikan sesebuah kereta luarbiasa sedapnya. Tengok sahaja kereta-kereta Lotus yang boleh dipandu seperti Go-kart, tapi ia terhenti setakat itu sahaja.

Bila berbicara tentang enjin, pembuat Jepun masih lagi unggul di depan dalam menghasilkan enjin yang boleh dipercayai, berkuasa dan tahan lasak. Sehingga kini Lotus masih menggunakan enjin Toyota danm Ariel masih lagi mengikat kontraknya dengan Honda.

Ariel 4 dikuasakan oleh enjin turbo  Honda Civic Type R yang terbaru yang ditala ke 237kW (317hp) dan tork 420Nm. Kuasa disalurkan ke roda belakang melalui kotak gear enam kelajuan. Ia dikatakan mampu memecut dari 0-96km / j dalam masa hanya 2.9 saat. 

Menurut Pengarah Urusan Ariel, Simon Saunders: “Atom 4 adalah perubahan paling besar pada  kereta sejak kami mula mengeluarkannya pada tahun 1999. Ia benar-benar sebuah kereta baru; sebenarnya hanya ada tiga bahagian yang dibawa dari Atom terakhir – pedal klac / brek dan penutup bahan api. ”

Jumlah pengeluaran masih lagi kekal dengan sasaran yang rendah. Ariel akan menghasilkan kira-kira 100 unit setahun, di samping model Nomad dan Ace.

GALERI
 
 

Share this post

scroll to top