Buletin

ARMENIA HARAMKAN KERETA RHD MULAI 1 APRIL 2018

Mulai 1 April 2018, kerajaan Armenia akan mengharamkan pengimportan kereta dengan pemanduan sebelah kanan (RHD).

Langkah itu dibuat berikutan kebanjiran kereta-kereta RHD di negara tersebut. Ahkbar Xinhua Net melaporkan tahun lalu sahaja, dianggarkan lebih 13,000 unit kereta RHD masuk ke negara tersebut.

Angka itu sekali gus menjadikan jumlah kereta RHD di Armenia mencecah 36,000 unit. Kereta RHD dilihat semakin popular walaupun secara tradisionalnya rakyat Armenia memandu kereta pemanduan di sebelah kiri.   

Kebanyakan kereta RHD didakwa diimport dari Jepun kerana harga yang murah dan masih dalam keadaan baik.

Pihak berkuasa dikatakan bimbang bahawa jika trend ini dibiarkan berterusan, Armenia tetpaksa menukar kepada RHD. Penukaran itu pastinya menelan belanja yang sangat tinggi dan sukar dicapai.

Bukan itu sahaja, Kementerian Pengangkutan, Komunikasi dan Teknologi Maklumat (MTCIT) Armenia mendakwa bahawa kenderaan RHD adalah berbahaya. Biar betul dia orang ni.

Tidak lama selepas pengumuman tersebut dibuat, sekumpulan penunjuk perasaan berkumpul di hadapan bangunan MTCIT.

Mereka mendakwa kereta RHD atau LHD sama sahaja dari segi keselamatan kerana mana-mana kereta boleh menyebabkan kemalangan.  

Google ads
Back to top button