Buletin

ART OF SPEED MALAYSIA DAN TRIUMPH SERAH HADIAH PADA PEMENANG BERTUAH

Art of Speed Malaysia dan Fast Bikes Sdn Bhd, pengedar rasmi Triumph Motorcycles di Malaysia; secara bersama menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah Art of Speed Malaysia yang ke-lima yang telah dimenangi pada acara itu pada 28 & 29 Mei 2016 di MAEPS Serdang.

Wan Muhammad Afiq bin Wan Mamat, 20 tahun, memenangi motosikal Triumph tahun 2016 model baru Bonneville Street Twin, yang ditaja oleh Fast Bikes Sdn Bhd iaitu pengedar tunggal Triumph Motorcycles Malaysia mengulas: “Saya masih tidak percaya saya telah memenangi motosikal ini! Terima kasih Triumph dan AOS untuk hadiah yang hebat ini!”

Afiq yang berasal dari Kelantan melahirkan rasa gembira dan berkongsi momen paling gembira itu di atas pentas utama dengan rakan-rakan dan keluarga pada hari terakhir acara itu apabila namanya diumumkan sebagai pemenang. Afiq mendapat tepukan paling gemuruh dari para pengunjung AOS dan menewaskan 2 finalis lain dengan menyebut arwah ayahnya pasti berbangga jika beliau memenangi motosikal ini kerana keluarga mereka adalah peminat tegar motosikal Triumph.

Dato’ Razak Al-Malique, Ketua Pegawai Eksekutif Fast Bikes Sdn Bhd, berkata di majlis tersebut bahawa syarikat tersebut amat berbangga dapat menaja motosikal klasik moden terbaru mereka sebagai hadiah cabutan bertuah.

“Kami mengucapkan tahniah kepada Afiq sebagai pemenang model terbaru Triumph Bonneville Street Twin yang juga model terlaris untuk kategori model klasik moden untuk Triumph Malaysia sejak awal tahun ini daripada pengeluar motosikal British yang tersohor ini”.

AOS prize (4)

Razak Al-Malique juga menambah bahawa Fast Bikes Sdn Bhd telah dikaitkan sebahagian daripada acara AOS untuk beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan oleh kepelbagaian jenis kenderaan yang diubahsuai secara inovatif dan dan mempunyai elemen gayahidup yang sangat menarik.

“Acara AOS adalah platform penting bagi syarikat kami dan dari segi penajaan juga amat penting untuk memastikan kejayaan motosikal Triumph di pasaran dalam tahun-tahun kebelakangan dan juga di masa hadapan.”

 Semasa majlis penyampaian hadiah tersebut, penganjur juga telah mengumumkan bahawa AOS akan menganjurkan “Gasolina Tour 2016” iaitu acara lawatan ke beberapa buah negeri di Malaysia. Gasolina Tour 2016 adalah acara anjuran sendiri yang akan diadakan untuk menyokong penganjur tempatan untuk mencipta kandungan acara yang lebih berkualiti untuk acara komuniti mereka sendiri.

Gasolina Tour 2016 akan menjadi hos parti pelancaran premis baru Art of Speed Malaysia di Bandar Sunway. Tarikh yang dipilih adalah pada hari Sabtu 15 Oktober 2016. Parti ini akan dihos secara bersama oleh Riders Garage dan juga Beautiful Machines.

November pula akan menyaksikan Gasolina Tour 2016 meredah negeri Johor di Puteri Harbour untuk menyertai acara tahunan Festival Iskarnival. Pengunjung bakal menyaksikan persembahan yang lebih besar dan lebih baik dengan kandungan acara yang menakjubkan untuk peminat motosikal dan kereta di festival dua hari yang bakal berlangsung pada 12 & 13 November akan datang.

Kontinjen AOS juga akan berlepas ke Jepun untuk memenuhi undangan menghadiri acara tahunan 25th Annual Yokohama Hot Rod Custom Show 2016. Edisi tahun ini akan menyaksikan seramai 24 peserta dari Malaysia dan Indonesia mengambil bahagian dalam lawatan yang dianjurkan oleh AOS ini. Kami juga membantu dalam penghantaran motosikal ‘Monster’ yang dibina khas oleh Beautiful Machines yang memenangi “Best Of Show” di AOS 2016 ke Jepun; untuk dipertandingkan dalam pameran berprestij tersebut

Maklumat lebih lanjut mengenai Gasolina Tour 2016 dan aktiviti kami bole dilari di laman media sosial Facebook & Instagram @artofspeedmy

Google ads
Back to top button