Buletin

ASTON MARTIN UNTUNG BUAT PERTAMA KALI DALAM 10 TAHUN – TERIMA KASIH CHINA

Aston Martin terkenal dengan beberapa perkara – James Bond, British dan syarikat kereta yang tak pernah untung jual kereta. Jika dilihat susur galur sejarah permotoran Britain memang begitu, semuanya sibuk buat kereta dan akhirnya melingkup sebab tak untung.

Namun baru-baru ini, Aston Martin mengumumkan keuntungan pertama mereka dalam tempoh seabad lepas. Unjuran suku pertama tahun ini menunjukkan peningkatan jualan daripada 92.6 juta Pound Sterling (RM507 juta) tahun lalu kepada 188.3 juta Pound Sterling (RM1.03 bilion).

BACA: LELAKI INI CUBA MASUK ASTON MARTIN KL, DAN INI KATANYA….

Keuntungan sebelum cukai tahun ini dicatatkan pada 5.9 juta Pound Sterling (RM32 juta) berbanding kerugian tahun lalu sebanyak 29.7 juta Pound (RM159 Juta). Prestasi luar biasa ini disumbangkan oleh jualan domestik dan jualan eksport terbesar mereka di China terutamanya bagi model DB11.

Tahun lepas, mereka hanya menjual 3,687 unit kereta. Untuk tahun ini, mereka mensasarkan peningkatan jualan sehingga 30 peratus.

Keuntungan adalah sesuatu yang janggal bagi pembuat kereta sport eksotik ini. Mereka mencatat prestasi sangat teruk pada permulaan pasca 2000. Enam tahun berturut-turut mereka mencatat kerugian. Sebenarnya, ia tidaklah mengejutkan kalau dilihat pada sejarah penyenaraian bankrap yang pernah dilalui oleh Aston Martin.

Aston Martin pernah diisytiharkan bankrap sebanyak TUJUH kali sepanjang penubuhannya. Bertukar pemilik, syarikat dan individu. Namun pada hari ini masih gigih melabur dan melakukan penyelidikan dan pembangunan kereta sports moden.

Dr. Andy Palmer, Presiden dan CEO Aston Martin memberitahu: “Syarikat bermula bagus tahun ini. Kami tekad untuk melakukan transformasi penuh pada abad kedua ini. Model baru Vantage dan Vanquish akan teruskan penguasaan kereta sport mewah British, dan pastinya meletakkan syarikat ini di landasan yang betul.

BACA: KOLEKSI TERBAIK 100 TAHUN ASTON MARTIN

Google ads
Back to top button