ATAS SEBAB KESELAMATAN, SUBARU MUNGKIN HENTI GUNA TRANSMISI MANUAL

SHARE

Subaru memang terkenal dengan jentera bertransmisi manual terutama WRX STi dan BRZ.

Sebab itulah apabila timbul laporan bahawa ia sekarang sedang mempertimbangkan untuk menghentikan pengeluaran model manual, ramai yang tidak percaya. Langkah itu dibuat demi mencapai matlamatnya menghasilkan kenderaan paling selamat di dunia.

Pengarah Urusan Subaru UK, Chris Graham menyatakan masa untuk transmisi manual nampaknya semakin singkat. Ini kerana ia tidak sepadan dengan teknologi keselamatan Subaru, EyeSight.

Teknologi EyeSight menggunakan kamera stereo untuk mengoperasikan sistem AEB, amaran penukaran lorong dan kawalan jelajah.

“Saya tidak pasti sama ada EyeSight langsung tidak sepadan dengan kotak gear manual atau sebagainya. Setakat ini saya belum dengar apa-apa berita mengenai kotak gear manual akan diteruskan atau EyeSight hanya akan ditawarkan bersama transmisi manual,” kata Graham ketika ditemui pada acara Geneva Motor Show 2018.

Graham merasakan teknologi EyeSight lebih sepadan dengan kotak gear Lineartronic CVT untuk jangka masa panjang.

Beliau juga menyatakan pengguna tidak perlu bimbang mengenai ketiadaan ransmisi manual, lihat sahaja kepada model BMW M-Series yang semuanya bertransmisi automatik.

Subaru tidak menolak kemungkinan WRX STI generasi seterusnya akan kekal menggunakan kotak gear manual. Kita tunggu sahaja nanti. 

Share this post

scroll to top