Buletin

AUDI A4 B9 BAKAL DILANCARKAN DALAM MASA TERDEKAT

Audi Malaysia hari ini telah memaparkan iklan Audi A4 generasi terbaru dalam laman web mereka. Mereka juga sudah mula menerima pendaftaran bagi prospek pembeli yang berminat untuk menjadi pembeli terawal sedan mewah ini.

Generasi ke lima dalam keluarga A4 yang dikenali dengan kod badan B9 adalah saingan terus model teras pembuat kereta mewah BMW menerusi model F30 3 series, Mercedes W205 C Class dan Lexus IS. Sejak sedekad yang lalu, Audi banyak menukar konsep sedan kelas ini dengan menampilkan imej lebih sporty berbanding eksekutif yang menjadi tradisi.

Audi A4

Melihat pada persaingan yang semakin sengit, kita boleh jangkakan Audi bakal memenuhi keperluan terkini. Ini memandangkan ia adalah model terbaru terbaru dibandingkan dengan rangkaian 3 series (2011), C Class (2014) dan Lexus IS (2013). Debut global A4 B9 ini dilancarkan pada tahun lepas.

Kita juga boleh menganggarkan harga jualannya pasti setara dengan model semasa. Buat masa ini, terdapat 2 model yang ditawarkan Audi Malaysia iaitu 1.8TFSI berharga RM240,000 dan 2.0TFSI RM312,000.

Audi A4 _2

A4 B9 untuk pasaran global didatangkan pelbagai varian. Ia bermula dengan enjin sekecil dengan Model 1.4 TFSI, 2.0 TFSI, 2.0 TFSI Quattro serta varian disel 3.0 TDI dan 3.0 TDI V6. Tiada maklumat yang dimaklumkan untuk pasaran tempatan, namun berdasarkan tradisi Audi Malaysia, mungkin hanya model 2.0 sahaja yang akan jadi pilihan. Tapi memang bagus kalau ada pilihan 1.4TFSI  yang tentunya membuatkan BMW dan Mercedes susah hati.

Kita dapat melihat saingan makin sengit bila B9 diperkenalkan nanti. Buat masa ini, Mercedes menjual varian yang bermula dari model C180 berharga RM228,000 hingga RM307,000 untuk model C250 AMG LINE.

BMW pula didatangkan dengan model 318i berharga RM208,000 hingga ke pilihan 330i berharga RM308,000. Paling premium ialah Lexus, harga permulaan ialah RM270,000 untuk model IS200T hingga model hybrid IS300H RM383,000.

 

 

Google ads
Back to top button