Buletin

AUSTRALIA SIASAT KERETA VW

Kerajaan Australia kini sedang menyiasat laporan mengenai masalah kehilangan kuasa pada kenderaan keluaran Volkswagen AG. Ia berikutan inkuiri terhadap kematian seorang wanita akibat dilanggar oleh sebuah trak ketika mangsa memandu Volkswagen Golf pada tahun 2011. 

Siasatan itu hadir hanya selepas beberapa minggu pengeluar kenderaan dari Jerman tersebut menarik semula kira-kira 91,000 unit keretanya di Jepun kerana kemungkinan berlakunya masalah kotak gear. Kerosakan itu boleh menyebabkan kereta tiba-tiba memecut atau menjadi perlahan ketika dipandu.

037600100_1232554550

Kebimbangan mengenai keselamatan kenderaan Volkswagen kembali mendapat perhatian di Australia apabila koroner negeri Victoria menjalankan satu inkuiri pada minggu ini terhadap kematian Melissa Ryan. Keputusan koroner terbabit akan diumumkan pada Julai.

Hari ini (Jumaat), Jabatan Infrastruktur dan Pengangkutan Australia memberitahu bahawa pihaknya tahu tentang kes Ryan. Ia akan memberikan kerjasama penuh kepada semua pihak termasuklah koroner.

1

“Jabatan sedang menyiasat laporan-laporan berkaitan keselamatan kenderaan Volkswagen. Ini bagi memastikan sama ada isu-isu keselamatan sistem memang berlaku atau sebaliknya,” katanya dalam satu kenyataan.

Jabatan pengangkutan turut menyediakan maklumat kepada Suruhanjaya Pengguna dan Persaingan Australia (ACCC) yang boleh mengarahkan kereta dipanggil semula. ACCC bagaimanapun enggan mendedahkan sama ada aduan lain mengenai Volkswagen telah dilaporkan.

SONY DSC

Namun, beberapa orang pemandu yang dihubungi oleh stesen-stesen radio dan akhbar tempatan  mengakui wujud masalah kehilangan kuasa secara tiba-tiba ketika memandu kenderan Volkswagen.

Volkswagen Group Australia (VGA) dalam kenyataan balasnya menyatakan lapor pihak media bahawa kematian disebabkan oleh masalah nyah pecutan secara tiba-tiba adalah tidak benar.

13

Kenyataan penuh VGA adalah seperti berikut:

Inkues koroner berkaitan kematian Ryan masih berlangsung, kami tidak akan memberi komen mengenai siasatan, kecuali menyatakan VGA memberi kerjasama penuh.

Dakwaan Fairfax bahawa kematian Ryan adalah disebabkan oleh masalah nyah pecutan yang berlaku secara tiba-tiba adalah tidak benar. Tidak wujud sebarang dapatan mengenai hal ini oleh pihak koroner.

Korelasi di antara inkues serta laporan pengguna yang disampaikan kepada media mengenai timbulnya masalah pada enjin diesel dan kotak gear DSG juga tidak wujud.

Kenderaan yang disiasat oleh inkues dilengkapi dengan enjin petrol dan bertransmisi manual. Kereta pengguna yang ditemubual untuk laporan media juga tidak menggunakan kotak gear DSG. – Reuters

 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button