AUUMMM……MARI BIDA NOMBOR PLAT SEMPENA SUKAN SEA 2017 – RIMAU 1 – 9999

SHARE

Tak pasti sama ada ini berita serius atau nak ditulis dalam bentuk humor. Laman web dan Facebook RIMAU PLAT telah memaparkan iklan bidaan untuk nombor pendaftaran khas – RIMAU.

Ia adalah singkatan dari HARIMAU, yang menjadi maskot sukan SEA tahun ini. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bertanggungjawab sepenuhnya mengendalikan bidaan ini dan dikatakan bakal dilakukan secara dalam talian.

BACA: LELAKI INI BAYAR RM37 JUTA UNTUK “D5”

Tiada tarikh yang ditetapkan. Tiada tatacara atau prosedur bidaan. Maklumat terkini yang dipaparkan, ia akan bermula pada awal Mac nanti.

Bagaimanapun tarikh sebenar hanya akan diumumkan dalam laman facebook rimau plat. Kepada anda yang berminat bolehlah Like page tersebut dan ikuti perkembangan terkini sistem bida dalam talian ni.

Sepatutnya telus lah kan.

Auummm…..

Share this post

scroll to top