BuletinMotosikal

AZLAN SERTAI ONEXOX TKKR & BMW S1000RR UNTUK SAINGAN ARRC 2018

Pelumba berpengalaman negara, Azlan Shah Kamaruzaman akan bersama pasukan ONEXOX TKKR Racing Team bagi menghadapi saingan kategori ASB1000 pada Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) musim 2019.

Pelumba berusia 34 tahun itu akan beraksi menggunakan jentera BMW S1000 RR.

“Azlan merupakan antara pelumba terbaik di Malaysia ketika ini. Saya agak terkejut memandangkan dia tidak diikat oleh mana-mana pasukan pengeluar, jadi ia merupakan satu peluang baik kepada pasukan kami untuk memiliki pelumba berkaliber seperti Azlan di dalam pasukan,” jelas principal pasukan ONEXOX TKKR Racing Team, Bobie Farid.

“Tidak ada pelumba lain yang memiliki pengalaman luas sepertimana yang ada pada Azlan,” jelas Bobie merujuk kepada pencapaian Azlan selama ini bermula dari siri Kejuaraan Cub Prix sehingga menjadi pelumba terbaik ARRC dan seterusnya menimba pengalaman di dalam kelas Moto2 Kejuaraan Motosikal Dunia.

Saingan musim 2019 menyaksikan pasukan ONEXOX TKKR Racing akan menyertai semua kelas di dalam siri Kejuaraan Cub Prix Malaysia dan juga ARRC. Pasukan tersebut juga sedang membuat perancangan untuk membuat penampilan pertama di dalam siri Kejuaraan Motosikal Sepanyol (CEV).

Google ads
Back to top button