Artikel PilihanBuletin

BAGAIMANA MEMILIH MINYAK PELINCIR YANG BETUL?

Sebagai pengguna kereta yang bijak, sedikit sebanyak kita mesti tahu tentang aspek penjagaan sesebuah kereta. Kereta ni umpama pelaburan, kalau tak nak rugi besar, jagalah sedikit kereta anda jangan sampai berkerak minyak hitam masih tak tukar-tukar.

Antara yang paling utama ialah penukaran minyak pelincir untuk enjin mengikut masa ataupun jarak yang ditetapkan. Jika anda memberi sebuah kereta baru, semua ini termasuk dalam pakej servis yang ditawarkan untuk kereta anda khususnya ketika masih lagi dalam tempoh jaminan pengeluar.

Ini bagi memastikan waranti kereta anda tidak terjejas. Selepas tempoh waranti ini barulah anda bebas mencari bengkel yang bersesuaian dengan anda.

PETRONAS-Urania -with-ViscGuard-Malaysia-mekanika (2)

Kini terdapat pelbagai minyak pelincir yang ditawarkan dipasaran yang direka untuk kegunaan yang berbeza-beza. Untuk memastikan anda memilih minyak pelincir yang terbaik untuk kereta, anda mesti memahami beberapa aspek khusus minyak pelincir antaranya ialah aditif ataupun bahan tambahan yang terkandung dalam minyak pelincir (additives), tahap kelikatan (viscosity) dan kod-kod klasifikasi.

Secara ringkas untuk membantu anda memahami istilah berikut:

  1. Additives: Membantu menyejukkan enjin anda, mambersih dan memastikannya bebas dari kakisan. Para pengeluar menambah pelbagai jenis additives ataupun bahan tambahan yang menyumbang kepada 25 peratus kos minyak pelincir tersebut.
  2. Tahap kelikatan: Minyak pelincir diklasifikasikan berdasarkan kelikatan, yakni kemampuan minyak tersebut mengalir di bahagian dalam enjin anda. Terdapat dua jenis minyak pelincir di pasaran iaitu kelikatan tunggal (single-viscosity) kelikatan pelbagai (multi-viscosity). Semakin kecil angka kelikatan, semakin nipis sesuatu minyak dan semakin mudah ia mengalir. Contohnya bagi minyak pelincir 10W-40, dua nombor itu bermaksud minyak ini adalah dari jenis kelikatan pelbagai. 10W adalah no indeks yang menunjukkan bagaimana minyak ini mengalir dalam suhu sejuk (W merujuk kepada winter atau musim dingin). 40 pula merujuk kepada bagaimana minyak ini mengalir dalam keadaan suhu panas. Untuk memastikan tahap kelikatan yang paling sesuai untuk kereta anda, pastikan anda merujuk kepada buku manual pengguna kereta anda. Rujuk kepada carta kelikatan minyak pelincir.
  3. Kod klasifikasi minyak pelincir: Simbol dengan lambang bintang pada tong minyak pelincir bermaksud minyak tersebut telah memenuhi standard perlindungan enjin semasa dan tahap ekonomi yang diperlukan untuk kelulusan International Lubricant Standardization and Approval Committee (ILSAC), satu usahasama bersepadu antara pengeluar kenderaan A.S dan Jepun.
  4. Minyak pelincir sintetik: Ramai yang mendakwa minyak pelincir sintetik memanjangkan lagi tempoh penukaran minyak pelincir, mengurangkan geseran dan mampu beroperasi dengan lebih baik pada suhu tinggi. Berdasarkan kajian yang dijalankan membuktikan dakwaan tersebut adalah benar terbukti minyak ini berfungsi dengan lebih cekap berbanding minyak pelincir mineral biasa.

PC1003332-TF-942.jpg

Untuk memastikan anda memilih minyak pelincir yang bersesuaian, anda perlu bertanya soalan-soalan berikut untuk diri anda:

  1. Minyak jenama apa yang sedang anda gunakan?

– Jika kenderaan anda berfungsi dengan baik, tiada keperluan untuk anda untuk bertukar kepada jenama lain.

  1. Minyak jenis apa yang dicadangkan oleh pengeluar kereta anda?

– Jika kenderaan anda masih dalam tempoh waranti, menggunakan minyak selain daripada yang dicadangkan pengeluar adalah tidak digalakkan kerana ditakuti menjejaskan waranti.

  1. Berapa usia kereta anda?

– Jika kereta anda cuma menggunakan minyak pelincir single-viscosity sejak daripada awal dikeluarkan dari kilang, ada kemungkinan terdapat mendakan di dalam bahagian enjin anda kerana minyak pelincir seumpama ini tidak mempunyai detergent ataupun bahan yang digunakan untuk menolak keluar sisa-sisa minyak pelincir terdahulu.

CALTEX LANCAR HAVOLINE PRO DS

Akhir sekali jika kereta anda sudah agak berusia dengan beberapa komponen dalaman enjin      yang sudah agak haus, adalah lebih baik jika anda menggunakan minyak pelincir yang lebih likat untuk mengurangkan kebocoran.

Tetapi jika kereta anda masih baru perbatuan yang masih rendah, ada baiknya anda menggunakan minyak pelincir sintetik sepenuhnya untuk memastikan perlindungan yang optima untuk enjin kereta anda.

Memang ia lebih mahal tetapi perlindungan yang ditawarkan adalah amat berbaloi  berbanding minyak lain yang lebih murah.

Alah pakai Myvi kuning eksotik takkanlah berkira untuk beli minyak pelincir  yang terbaik. kan?

BACA: TIPS PENTING ELAK KECURIAN MOTOSIKAL

BACA: MITOS PENJIMATAN BAHANAPI YANG SALAH

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button