Buletin

BARU SETAHUN DILANCARKAN, MITSUBISHI ECLIPSE SUDAH TERJUAL 80K UNIT – MITSUBISHI UK TAWAR VERSI NAIK TARAF

Hanya selepas setahun dilancarkan, Mitsubishi Eclipse Cross sudah mencatat jualan lebih 80,000 unit di seluruh dunia.

Mula dilancarkan di Eropah, sebelum diperluaskan ke Jepun dan Amerika Syarikat, SUV yang memiliki reka bentuk radikal nyata mendapat sambutan memberangsangkan.

Mitsubishi Eclipse Cross

Jualan kumulatif sepanjang tahun 2018:

  • Eropah:                      33,287 unit
  • Amerika Utara:         14,026 unit
  • AUS/NZ:                    9,332 unit
  • Jepun:                        11,592 unit
  • Lain-lain:                  11,877 unit

Mitsubishi Motors yang pertama kali menyertai segmen Coupe SUV mengakui Eclipse Cross diterima baik kerana rekaannya.

Bagi tahun 2019, Mitsubishi Motors UK dilihat mengujakan pelanggan dengan menawarkan ciri dan pilihan baru ke atas Eclipse Cross. Antara pembaharuan termasuklah:

  • Varian ‘Black Edition’ – terhad kepada 500 unit sahaja
  • Sistem telematik “Mitsubishi Connect” (Eclipse Cross Black Connected Edition)
  • Kemasan rim bersaiz 16 inci yang baru (Eclipse Cross 2)
  • Sistem Active Yaw Brake Control dipasang pada varian 2WD
  • Cermin pandang belakang anti-silau automatik
  • Pilihan warna biru (Lightning Blue) baharu pada semua varian

“Mitsubishi Eclipse Cross menawarkan sesuatu yang cukup berbeza dalam segmen SUV kompak. Gayaan coupe yang digabungkan dengan fungsi dan pengalaman pemanduan SUV Mitsubishi menjadikannya sebuah jentera yang bergaya serta seronok dipandu.

“Angka jualan yang memberangsangkan ini menjadi bukti bahawa konsep kenderaan ini diterima baik oleh pelanggan diseluruh dunia,” kata Ketua Pakar Produk Mitsubishi, Yuichiro Hayashi.

Di UK, Eclipse Cross dijual pada harga £21,290 (RM115,000) seunit.

Google ads
Back to top button