Buletin

BATERI ‘KONG’, MAYDAY! MAYDAY!

Hanya tinggal beberapa hari sebelum menyambut 1 Syawal, kereta Perodua Alza saya memberi isyarat kuasa baterinya semakin lemah.

Hitachi-battery-installation-mekanika (3)

Ada beberapa petanda yang boleh anda kesan sekiranya bateri semakin hilang keupayaannya. Lazimnya bermula dengan sistem penggera yang hilang isyarat. Kemudian waktu jam yang ‘ketinggalan’ atau pada keadaan yang kuasa terlalu lemah, enjin memerlukan ‘crank’ lebih dari sekali. Setiap kali kunci diputar, bunyi crank pun macam malas sahaja.

Beberapa minggu sebelum itu saya terbaca mengenai bateri Hitachi yang baru dilancarkan. Satu panggilan telefon ke pengedar utamanya Borneo Technical (M) Sdn Bhd menyelesaikan masalah. Mereka sudi ‘meminjamkan’ bateri untuk kami membuktikan sendiri tentang jaminan selama tahun yang digembar-gemburkan itu.

Hitachi-battery-installation-mekanika (6)

Dalam industri pembekal bateri kereta hari ini, kita dapat melihat mungkin puluhan jenis bateri di pasaran. Bateri automotif adalah pasaran yang besar. Seingat saya, pasaran bateri automotif tempatan banyak dimonopoli oleh jenama tempatan.

Beberapa ketika dahulu, saya pernah membeli bateri jenama Panasonic. Namun seakan ada yang tidak kena dengan kaedah pemasaran, bateri ini sukar betuk untuk diperolehi.

SONY DSC

Borneo Technical yang merupakan ahli Toyota Tsusho Group optimis dengan produk yang dikilangkan di Thailand ini bakal menguasai pasaran satu hari nanti.

Jujurnya, Hitachi adalah salah satu jenama yang saya kagum. Ia bermula dua tahun lepas, saya ke daerah Ibaraki di pantai Timur Jepun dan menginap selama dua malam di bandar Hitachi atas urusan kerja.

Hitachi-battery-installation-mekanika (1)

Harus tahu bahawa bandar Hitachi ini dibangunkan hasil daripada produk, teknologi dan pengilangan yang meluas. Logo dan papan iklan Hitachi ada di mana-mana. Jika anda sensitif tentang teknologi dan pembuatan, Hitachi merupakan antara jenama yang masih banyak menghasilkan produk buatan Jepun berbanding jenama Jepun yang lain.

Jadi sebagus manakah bateri ini? Kita tunggu 23 bulan akan datang dan uji kapasiti kuasanya.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button