Buletin

BEG UDARA TAKATA – HONDA MALAYSIA PANGGIL SEMULA 24,962 UNIT KENDERAAN LAGI

Honda Malaysia hari ini mengumumkan bahawa ia melanjutkan langkah proaktif demi keselamatan pengguna apabila memanggil semula 24,962 unit kenderaan keluarannya.

Model-model yang terlibat ialah Accord, Jazz, Jazz Hybrid, City, Freed dan Insight yang dihasilkan pada tahun 2012. Semua model itu perlu menukar inflator beg udara Takata untuk penumpang hadapan.

Honda Malaysia menyatakan bahawa keselamatan pelanggan adalah keutamaannya dan meminta maaf atas kesulitan yang terpaksa mereka hadapi. Pada masa yang sama, Honda Malaysia menegaskan semua model yang sedang dijual sekarang tidak terlibat dalam proses panggilan semula itu.

BACA: GANTI BEG UDARA TAKATA – HONDA AKAN PERGI RUMAH KE RUMAH!

Setakat ini, tiada kemalangan atau  kecederaan akibat beg udara penumpang hadapan Takata dilaporkan di Malaysia.

HONDA HIBRID JUARA EMMA

Honda Malaysia akan memaklumkan semua pelanggannya yang terjejas menerusi surat. Pelanggan yang menerimanya digalakkan supaya membawa kenderaan masing-masing ke pengedar sah Honda berdekatan untuk tujuan penukaran.

Semua pengedar sah Honda di seluruh negara mempunyai stok inflator yang mencukupi. Kerja-kerja penukaran akan dibuat sebagik sahaja alat ganti sudah ada dan semua kos ditanggung oleh Honda Malaysia.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.honda.com.my / www.productrecall.honda.com.my atau hubungi talian 1-800-88-2020

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button