BEKALAN ELEKTRIK STADIUM INI DIKUASAKAN OLEH BATERI NISSAN LEAF!

SHARE

Salah satu persoalan terbesar yang membelenggu kenderaan elektrik adalah apa yang berlaku kepada bateri selepas ia tidak lagi digunakan. Di sini kita mempunyai satu jawapannya.

Nissan dan rakan perniagaanya telah memasang 148 unit bateri Nissan Leaf di Arena Johan Cruijff di Amsterdam. Pemasangan ini membentuk sistem simpanan tenaga sebanyak 3 megawatt.

Ia bukan sahaja membekalkan kuasa pada stadium, tetapi mampu menjadi tenaga yang diperlukan jika berlaku kes gangguan bekalan kuasa dan juga membekalkan beberapa ribu isi rumah di sekitar kawasan sekitarnya.

 Arena Johan juga merupakan simpanan tenaga terbesar yang pernah dipasang di bangunan komersial di seluruh Eropah.

“Terima kasih kepada sistem penyimpanan tenaga ini, stadium akan dapat menggunakan tenaganya sendiri dengan lebih bijak ” Kata Henk van Raan, pengarah inovasi di Johan Cruijff Arena.

BACA: NISSAN LEAF, KERETA TERLARIS DI EROPAH

“ArenA dijamin akan memiliki sejumlah besar kuasa, walaupun semasa gangguan elektrik. Hasilnya, stadium akan menyumbang kepada grid tenaga Belanda yang stabil. ”

Arena ini adalah tuan rumah kepada pasukan bola sepak kebangsaan Belanda dan pasukan AFC Ajax tempatan. Ia turut menjadi lokasi popular pilihan penganjur konsert, konvensyen perniagaan, dan acara lain. Dianggarkan, lebih daripada dua juta orang melawat kemudahan itu setiap tahun.

“Kami gembira menjadi sebahagian daripada sistem storan tenaga terbesar di Eropah yang dibangunkan untuk bangunan komersil,” kata Francisco Carranza, Pengarah Urusan Nissan Energy.

BACA: NISSAN LEAF 2018, 378KM SEKALI CAS

“Terima kasih kepada Arena Johan Cruijff yang memberi peluang kepada kami menunjukkan kepada dunia untuk menjadikan sistem tenaga keseluruhan lebih cekap. Kami meletakkan ekosistem elektrik kami di tengah-tengah masa depan yang mampan, mengubah cara kami memandu dan juga mengubah cara hidup kami. ”

 

Share this post

scroll to top