Buletin

BELI KERETA SECARA DALAM TALIAN DENGAN VOLKSWAGEN MARKETPLACE

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mencatat sejarah sekali lagi apabila melancarkan “Volkswagen Marketplace”, satu e-platform di mana pelanggan boleh menempah sebuah kenderaan Volkswagen dan menikmati tawaran eksklusif di atas talian.

Menjadi platform pertama seumpamanya di Malaysia, Volkswagen Marketplace dilancarkan dengan tawaran eksklusif 20 unit Passat 1.8TSI Trendline Cyber di atas talian sahaja.

Unit-unit ini ditawarkan pada harga menarik iaitu RM135,888 dan hadir bersama penyelenggaraan percuma selama 5 tahun dan setahun insurans percuma. Pelanggan juga boleh menikmati kadar faedah rendah 0.88% setahun untuk Passat 1.8TSI Trendline Cyber.

Passat 1.8TSI Trendline Cyber dikuasakan oleh enjin turbocharged 1.8L TSI yang dipadankan dengan kotak gear direct shift (DSG) 7-kelajuan.

Kombinasi ini menawarkan output 180PS dan tork 250Nm di antara 1,250rpm hingga 5,000rpm. Empat warna ditawarkan untuk Passat – putih (Pure White), hitam (Deep Black), kelabu (Indium Grey) dan perak (Reflex Silver). 

Untuk menempah, pelanggan hanya perlu mengikuti beberapa langkah mudah seperti di bawah:

Langkah 1: Pilih model Volkswagen.

Langkah 2: Pilih pengedar yang dikehendaki.

Langkah 3: Masukkan perincian pelanggan untuk meneruskan tempahan. 

Langkah 4: Tamatkan tempahan dengan membayar yuran sebanyak RM1,500 (kad kredit sahaja). jumlah ini kemudian akan ditolak daripada harga keseluruhan kereta yang telah dipilih.

Langkah 5: Pengedar yang dipilih akan memberi panduan dan bantuan kepada pelanggan sepanjang proses pembelian, pendaftaran kenderaan sehinggalah kereta dihantar kepada mereka.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter menyatakan bahawa idea untuk menghasilkan e-platform seperti Volkswagen Marketplace sudah ada dalam perancangan.

“Kejayaan menjual 12 unit Beetle dalam masa hanya 20 minit di Lazada mengukuhkan kepercayaan kami bahawa rakyat Malaysia sudah bersedia untuk membeli kereta secara dalam talian.

“Ini adalah satu pembangunan yang penting buat jenama Volkswagen dan kami sangat teruja untuk membawa Volkswagen Marketplace ke Malaysia,” kata Winter

Volkswagen Marketplace merupakan satu platform yang tetap. Volkswagen Malaysia akan sentiasa mengemas kini dengan tawaran-tawaran baru. Maklumat lanjut, sila layari laman web: marketplace.volkswagen.com.my

Google ads
Back to top button