BELI NISSAN DAN ANDA BOLEH MENANG KONDO BERNILAI RM665K!
Sempena menyambut ketibaan tahun baru, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) memberi peluang kepada pelanggan Nissan untuk memiliki sebuah kondominium 2+1 bilik baharu dengan dua tempat letak kereta dalam peraduan ‘Beli Kereta Menang Rumah’.
Peraduan ini merupakan satu kolaborasi unik di antara ETCM dan JKG Land Berhad. Pelanggan yang membeli dan mendaftarkan sebuah kenderaan Nissan mulai 1 Disember 2018 hingga 31 Disember 2019 berpeluang memenangi sebuah kondominium bernilai RM665,000* di The ERA, Duta North Kuala Lumpur.
Bukan itu sahaja, ETCM ada menawarkan rebat menarik sehingga RM12,000 untuk model-model terpilih Nissan.
Nissan Serena 2.0L S-Hybrid Imperial Red
Bagi meraikan Tahun Baru Cina, ETCM menambah warna merah (Imperial Red) baharu dalam model popular Nissan Serena 2.0L S-Hybrid Premium Highway Star, ia hadir dengan tema dua tona bersama reka bentuk bumbung terapung, spoiler belakang dan cermin sisi berwarna hitam.
Serena 2.0L S-Hybrid menawarkan penjimatan bahan api yang terbaik dalam kelasnya iaitu 14.2 km/L (NEDC R101).
Ia juga hadir bersama pelbagai ciri inovatif seperti pintu gelongsor kembar berkuasa dengan pengesan kaki, pintu belakang dwi-bukaan, 7 port USB, Intelligent Around View Monitor (I-AVM) bersama Intelligent Moving Object Detection (I-MOD) dan ketersambungan telefon pintar melalui Apple CarPlay™.
ETCM ada memperkenalkan Nissan X-Trail X-Tremer dalam warna merah (Passion Red), serta dua pilihan warna tambahan iaitu putih dan perak yang baru.
Beberapa komponen turut digelapkan seperti bumbung dengan siluet hitam, rel bumbung, spoiler belakang, cermin sisi dan rim aloi lima jejari bersaiz 17 inci. X-Trail X-Tremer dilengkapi kemasan X-Face pada bahagian hadapan, pelindung bampar belakang krom dan tempat duduk kulit Nappa berwarna hitam.
Nissan Serena 2.0L S-Hybrid berwarna Imperial Red baharu dan X-Trail X-Tremer akan membuat penampilan di Karnival Pandu Uji Nissan 2019 pada dua hujung minggu dari 5 hingga 6 Januari dan 11 hingga 13 Januari di bilik pameran ETCM terpilih, bermula pada pukul 10am hingga 8pm.
GALERI