BENTLEY MESTI UNTUNG DALAM TEMPOH DUA TAHUN, JIKA TIDAK…

SHARE

Pemegang saham utama Volkswagen Group iaitu keluarga Piech dan Porsche baru-baru ini memberi kata dua kepada Bentley supaya mencatat keuntungan dalam masa dua tahun.

Jenama ultra mewah dari United Kingdom itu dilapor mencatat kerugian sebanyak 137 juta euro (RM648 juta) dalam tempoh sembilan bulan pertama 2018.

Menurut laporan kewangan terkini Volkswagen Group, Bentley mencatat sedikit keuntungan untuk tempoh sama tahun 2017.

“Apa yang penting ialah semua jenama di bawah Bentley Volkswagen Group mesti menyumbang kepada keuntungan. Ini tidak berlaku pada Bentley dan kami tidak berpuas hati.

“Situasi ini mesti berubah dalam masa hanya dua tahun,” kata Hans Michel Piech.

Piech dan Wolfgang Porsche bagaimanapun tidak menyatakan apakah yang akan berlaku jika Bentley tetap gagal mencatat keuntungan. Kenyataan itu jelas mengejutkan kerana ia sebelum ini boleh menerima kerugian SEAT selama bertahun-tahun lamanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Bentley, Adrian Hallmark memberitahu kelewatan penghasilan generasi baru Continental GT dan masalah kadar tukaran wang asing selepas kejatuhan pound akibat langkah UK keluar dari Kesatuan Eropah menjadi antara punca utama kerugiannya.

Hallmark juga yakin Bentley akan kembali untung pada tahun 2019.

Share this post

scroll to top