BuletinMotosikal

BERITA BAIK (UNTUK Y15ZR & RS150R)- PIRELLI AKAN HASILKAN DIABLO ROSSO CORSA KHAS UNTUK KAPCAI

Pirelli khabarnya sedang membangunkan tayar berprestasi tinggi untuk pasaran motosikal kecil – lebih tepat untuk kapcai dan underbone.

Desas-desus yang menular di media Indonesia sejak beberapa hari lepas memperkatakan tentang kehadiran Diablo Rosso Corsa untuk saiz yang “mesra” kapcai. Walaupun belum ada kesahihan dari segi fakta saiz yang akan digunakan, ia merupakan perkhabaran gembira.

BACA: PIRELLI REKA TAYAR UNTUK KERETA OLSKOOL

Dalam satu sumber lain menyebut, tayar ini akan dilancarkan pada 18 Januari nanti. 

Siri Diablo merupakan tayar berprestasi tinggi yang dikhususkan Pirelli untuk pasaran superbike. Ia satu tahap di bawah Super Corsa yang menjadi tayar paling berjaya dalam kategori superbike. 

Rosso Corsa pula lebih sesuai untuk permukaan jallanraya awam dan kemungkinan ini juga boleh dilihat menerusi beberapa produk Pirelli yang sudah mula fokus pada pasaran motosikal yang lebih kecil seperti Pirelli Diablo Scooter dan Pirelli Angle CT.

Andaian kami, Rosso Corsa mungkin akan ditawarkan untuk saiz 80/90, 90/80 dan 120/70. Ini adalah pasaran besar yang dihuni supermoped seperti Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R.

Buat masa ini, antara tayar pilihan untuk 120/70 yang ada di pasaran ialah Supercorsa V2 (tayar hadapan superbike), Battlax S21 dan BT39. Selain itu, tayar-tayar pilihan ialah Metzeler, dan tayar Indonesia Corsa R46.

Khabarnya juga Pirelli akan meggunakan kemudahan kilang pengeluarannya di Indonesia untuk produk ini. 

Google ads
Back to top button