BERITA PANAS – LYNK & CO SERTAI FIA WTCR 2019!

SHARE

Ini berita panas yang tidak kedengaran sebelum ini. Lynk & Co yang merupakan subsidiari Zhejiang Geely mengumumkan penyertaan mereka bersama pasukan Cyan Racing ke dalam perlumbaan FIA World Touring Car Cup (WTCR) bermula musim depan.

Pengumuman tersebut dibuat pada satu majlis eksklusif di Fuji Raceway, Jepun kelmarin. Pada majlis itu pasukan Lynk & Co Cyan Racing mempamerkan kereta lumba konsep Lynk & Co 03 Cyan berkuasa 500 hp.

Kereta tersebut adalah gambaran kepada lumba yang bakal dibina oleh Cyan Racing mengikut spesifikasi TCR.

Pada musim depan, Lynk & Co akan bersaing dengan sejumlah pengeluar hebat seperti Audi, Alfa Romeo, Honda, Hyundai, Peugeot, SEAT dan Volkswagen.

Cyan Racing bukan jenama asing dalam dunia perlumbaan kereta penumpang, jenama ini adalah pasukan rasmi Volvo dalam Perlumbaan Kereta Penumpang Scandinavian (STCC) menggunakan kereta S60. Untuk tahun ini, Cyan Racing bersaing dalam perlumbaan Swedish GT.

Cyan Racing juga adalah nama baharu untuk pasukan Polestar Racing selepas Volvo memiliki pegangan penuh pada tahun 2015.

Majlis pendedahan eksklusif di Jepun itu disertai oleh pelumba terkenal Sweden, Thed Björk yang akan memandu salah satu kereta Lynk & Co TCR pada musim depan.

Menarik bukan? Apa yang pasti Lynk & Co adalah jenama baharu dan masih belum ditawarkan di beberapa pasaran utama dunia.

Penyertaan Lynk & Co ke dalam WTCR pula adalah arah baharu dan segar buat kumpulan Zhejiang Geely dalam arena perlumbaan antarabangsa.

Melalui pengumuman ini jelas Geely mahu bawa jenama China – Sweden ke mana tambahan pula mereka leverage pengalaman, kemahiran dan prestij yang ada pada Cyan Racing.

Pasti seronok melihat jenama baharu ini berentap dengan sejumlah jenama terkemuka dunia! Cuma itulah, tertanya pula apakah program perlumbaan Volvo untuk tahun depan?

BACA: SEDAN LYNK & CO 03 DIPERKENALKAN – 3 PILIHAN ENJIN, MASUK PASARAN CHINA AKHIR TAHUN INI 

BACA: POLESTAR MAMPU TAMBAH KUASA PADA RODA BELAKANG – LAGI SERONOK!

Share this post

scroll to top