Buletin

BERMAZ TAJA PERTANDINGAN ASC ASEAN 2016

Bermaz Motor Sdn. Bhd. (Bermaz Motor) semalam mengumumkan bahawa ia akan menaja Pertandingan Kemahiran ASEAN (ASC) 2016 dengan enam buah Mazda3.

ASEAN-Skills-Competition-2016-mekanika (3)

Sebanyak empat unit Mazda3 akan digunakan oleh ASC dalam siri jelajahnya ke seluruh negara. Manakala dua unit lagi akan digunakan dalam pertandingan untuk menilai kemahiran dan kebolehan para finalis.

ASC 2016 bermatlamat menggalakkan pembangunan kemahiran dalam 25 bidang di rantau ASEAN dan antarabangsa (WSC). Pertandingan itu diadakan setiap dua tahun dengan negara anggota bergilir-gilir menjadi hosnya.

ASEAN-Skills-Competition-2016-mekanika (4)

Tahun ini ASC akan diadakan di di Malaysia. Ia dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Kementerian Kerja Raya.

Acara ini akan diadakan mulai 23 hingga 28 September 2016 di MAEPS, Serdang dengan pertandingan mengambil masa selama tiga hari.

ASEAN-Skills-Competition-2016-mekanika (6)

Seramai sembilan orang peserta finalis datang dari negara jiran seperti Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Mereka akan dinilai berdasarkan kepada lima kemahiran spesifik iaitu sistem pengurusan enjin, kotak gear, stereng, sistem suspensi dan brek, overhaul enjin serta sistem elektrik kenderaan.

Google ads
Back to top button