BERMINAT NAK JADI MEKANIK SUPERBIKE? BINA KERJAYA DI KAWASAKI MENERUSI BENGKEL GIATMARA

SHARE

Kawasaki Motors Malaysia dan pusat latihan GIATMARA Sdn Bhd telah menjalinkan kerjasama hari ini menerusi satu perjanjian persefahaman yang membuka peluang kepada anak tempatan yang berminat menjadi mekanik motosikal berkuasa tinggi.

Buat masa ini, GIATMARA hanya menawakan kursus penyelenggaraan dan pembaikan motosikal kecil sahaja. Penglibatan Kawasaki Malaysia Sdn Bhd (KMSB) membuka peluang baru bagi pelatih-pelatih yang berminat untuk mendalami kejuruteraan motosikal berkuasa tinggi.

New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Dengan kerjasama ini, Kawasaki akan menyiapkan fasili yang diperlukan di pusat latihan Giatmara cawangan Batu, Batu Caves Selangor. sementara peranan Kawasaki pula ialah dengan memberi modul latihan teknikal, prosedur servis, pembaikan, dan penyelenggaraan terhadap motosikal berkuasa tinggi. 

BACA: KAWASAKI PERKENAL H2 & H2R 2018

Para pelatih yang terpilih akan menjalani latihan di Pusat Giatmara ini selama empat bulan. Seterusnya, mereka akan dihantar ke Pusat Servis Eksklusif Kawasaki di Glenmarie untuk menyambung latihan dengan persekitaran sebenar. Di sana, mereka akan dilatih selama tiga bulan demi memahami SOP standard yang dijalankan oleh sebuah pusat servis motosikal berkuasa tinggi yang sebenar.

Setelah tamat sesi latihan ini, para pelatih berpeluang untuk memulakan kerjaya bersama Kawasaki Motors Malaysia atau di rangkaian pengedar sah Kawasaki di seluruh Malaysia sekiranya terpilih.

Majlis disaksikan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah, Yang Berhormat Dato’ Simail Sabri Yaakob. Beliau dalam ucapannya mengalu-alukan kerjasama sebegini dari sektor swasta.

Jadi, kalau korang rasa nak belajar jadi mekanika motosikal berkuasa tinggi, ini mungkin peluang yang baik. Industri motosikal berkuasa tinggi kita semakin besar dan lama-kelamaan bengkel-bengkel servis dan membaiki motosikal akan dapat permintaan yang tinggi. Bila dah pandai dan ada pengalaman dengan Kawasaki nanti boleh buka bengkel sendiri.

“MARA juga menyediakan pinjaman khusus untuk graduan Giatmara untuk memulakan perniagaan. Ini peluang bagus untuk dimanfaat bagi anak-anak muda yang berminat dengan kepelbagaian industri yang MARA tawarkan,” tambah beliau

Share this post

scroll to top