BuletinMotosikal

BERMULA DI PETAK KE-17, HAFIZH JANJI LAKUKAN YANG TERBAIK DI MOTOGP JERMAN

Sebentar lagi akan berlangsung perlumbaan pusingan Jerman di litar Sachsenring atau dikenali dengan nama PRAMAC MOTORRAD GRAND PRIX DEUTSCHLAND.

Setelah berakhir sesi kelayakan akhir tadi, kedudukan grid kini jelas masih dikuasai oleh Marc Marquez dengan catatan masa 1.20.270. Di grid kedua ialah Danilo Petrucci, pelumba pasukan Ducati dengan masa 1.20.295.

Di petak ketiga ialah Jorge Lorenzo dengan catatan1.20.327 sementara Maverick Vinales dan Andrea Doviszioso masing – masing mengisi petak ke empat dan kelima. Kedudukan grid satu hingga lima sangat rapat jika melihat kepada catatan masa yang dibuat pelumba ini.

Pun begitu, Hafizh sekadar mampu bermula di petak belakang. Beliau yang bergelut sejak dari hari Jumaat ketika sesi latihan bebas untuk mengekalkan catatan masa akhirnya hanya mampu bermula di petak ke-17 dengan catatan ujian kelayakan 1.21.460

Pada sesi ujian kelayakan FP1, Hafizh hanya mampu mencatat kedudukan ke-20. Pada sesi latihan bebas FP2  beliau dapat memperbaiki kedudukan ke 16 namun pada FP3 kedudukannya kembali jatuh ke tangga ke-21 dan hanya dapat memperbaiki dua kedudukan pada FP4 dengan posisi ke-19.

“Pada sebelah tengahari, saya rasa lebih baik berbanding pagi tadi. Semasa ujian bebas FP3, saya cuba mencari talaan yang terbaik tapi masih tak berjaya. Bagaimanapun, dua sesi selepas tengahari, pasukan saya berjaya menemui talaan motosikal lebih baik.

“Pada pusingan akhir Ujian Kelayakan, saya sedikit gementar tapi saya yakin dapat 0.2 atau 0.3 lebih cepat supaya dapat berada pada grid 15 ke bawah.

“Saya harap dapat buat yang terbaik pada perlumbaan nanti dan harap dapat berentap dengan rakan rookie saya, Nakagami yang kelihatan cemerlang di sini,” ujar Hafizh

 

Google ads
Back to top button