BILA KERETA JDM TERLALU BOSAN, SUPERCAR DI JEPUN ADALAH PERKARA BIASA

SHARE

Beberapa tahun lepas saya pernah berbual dengan seorang penulis dari Britain. Secara tak sengaja, bertemu dia di tapak D1GP. Beliau pertama kali sampai ke Jepun dan akui sangat terkejut dengan budaya kereta di sana.

JDM satu perkara lain, di Tokyo beliau boleh jumpa banyak jenis supercar eksotik Itali. Beberapa hari sebelumnya, beliau melihat Lotus Elan, model British yang cukup susah ditemui, malah di UK sekalipun. Tapi di Jepun, beliau boleh jumpa lebih 5 buah dalam satu perjumpaan ringkas sahaja.

BACA – DAIKOKU FUTO PA, KAWASAN PARKING PALING BEST 

BACA – SUASANA LOT PARKIR KERETA LELONG DI JEPUN

Baiklah, Jepun adalah budaya tentang kereta yang tak pernah habis. Kepada yang tak pernah sampai, mungkin sangka jalanraya di sana dipenuhi RX-7, Supra dan Skyline. Sebenarnya tidak. Kereta JDM asli sudah hampir pupus di kota besar. Mereka hanya bergerak dalam kumpulan kecil waktu hujung minggu.

Perkembangan in turut diikuti oleh scene supercar di mana melihat Lamborghini, Ferrari dan Porsche adalah perkara biasa. Steve Feldman telah membuat satu dokumentari ringkas menyusuri aktiviti kereta supercara ini menerusi saluran video Barcroft Cars.

Feldman antara orang asing (disebut gaijin) yang cukup gemar membuat liputan tentang acara perjumpaan begini. Saksikan video di bawah bagaimana anda boleh jumpa kereta yang keseluruhannya bernilai RM50-60 juta dalam satu masa.

Itulah uniknya Jepun, budaya kereta mereka sangat luar biasa. Tapi itulah dia, kami belum lagi jumpa kereta dengan sticker; 私たちの趣味は高価です

Yang bermaksud “hobi kami mahal”

 

(Visited 669 times, 13 visits today)

Share this post

scroll to top