Buletin

BIMS 2018: TOYOTA YARIS ATIV TRD – INILAH VIOS GENERASI BARU, ECO-CAR THAILAND DENGAN ENJIN 1.2L

Pada Ogos tahun lalu, Toyota Thailand telah melancarkan model sedan entry level yang dikenali sebagai Toyota Yaris Ativ.

Secara asasnya, Yariz Ativ dibina berasaskan kepada Vios yang ada sekarang. Namun, sebagai sebuah kereta eco Thailand, ia menggunakan enjin bersesaran 1.2 liter berkuasa 86PS dan tork 108Nm.

Enjin 3NR-FE itu kemudian dipadankan dengan kotak gear CVT-I dan tiada kotak gear manual ditawarkan.

Sewaktu dilancarkan, sedan itu hadir dalam lima varian iaitu J Eco, J, E, G dan S. Jadi, pada acara Bangkok International Motor Show (BIMS 2018), Toyota menawarkan versi Yaris Ativ TRD yang lebih sporty.

Penambahan paling ketara pastinya lips berwarna merah pada bahagian bampar hadapan dan belakang. Perumah lampu kabus hadapan berwarna hitam itu juga lebih besar berbanding varian biasa.

Pada bahagian belakang, spoiler berwarna hitam dipasang. Ditambah dengan kemasan pada atas lampu kabus, juga berwara hitam. Sekali pandang, boleh tahan juga serabutnya.  

Melihat ruang kabin, anda pasti perasan bahawa tiada perubahan berbanding Vios sedia ada. Tempat duduknya masih dibalut fabrik gabungan hitam dan merah. Selain kemasan perak pada konsol tengah, stereng dan corong pendingin hawa.  

Dari segi keselamatan, Yaris Ativ dilengkapi tujuh beg udara, kawalan cengkaman, Hill-Start Assist dan brek ABS sebagai ciri standard.     

GALERI

Google ads
Back to top button