Buletin

BMW CONCEPT 8 SERIES DEBUT PERTAMA KALI DI MALAYSIA DAN ASIA TENGGARA

BMW Malaysia hari ini melancarkan BMW Luxury Excellence Pavilion di Malaysia.

BMW Luxury Excellence Pavilion turut dipersembahkan oleh rakan-rakan niaga seperti Dior, Hugo Boss, Moet Hennessy Diageo, Jaeger-Le Coultre, Wei-Ling Gallery, Leica, illy Coffee dan SPACE.

Di majlis yang sama, BMW Malaysia memperkenalkan BMW Concept 8 Series buat pertama kalinya, bukan sahaja di Malaysia, malah di Asia Tenggara.

BMW 8 Series Coupé dijangka dilancarkan pada tahun ini sebagai sebahagian daripada tawaran paling menarik dalam sejarah BMW.  

Kemewahan yang inovatif gaya BMW

Kewujudan jenama baharu untuk kereta mewah BMW menyaksikan profail dan posisi model-model paling eksklusifnya dimasukkan ke dalam satu kategori produk yang tersendiri.

Ciri estetiknya menyerlahkan sejarah tersendiri BMW. Ia menjadi rahsia kejayaan dan membuktikan kesungguhan, keyakinan serta kebolehan BMW dalam membawakan masa depan pada hari ini.

BMW percaya bahawa kemewahan di dalam sesebuah kereta merupkan hasil daripada kepakaran dalam pelbagai aspek pembangunannya.

Model-model penting dalam portfolio BMW ini akan menyerlahkan satu pemahaman baru tentang aspek kemewahan.

BMW juga memberi fokus kepada jalinan hubungan dengan para pelanggan secara berterusan, melibatkan pengalaman, emosi dan tawaran pengubahsuaian.

BMW Concept 8 Series

BMW Concept 8 Series menyerlahkan satu pendekatan baru tentang penggunaan bentuk, yang dapat dilihat dengan jelas pada permukaan kereta ini.

Garis-garis halus mendasari permukaan yang jernih dan jelas menunjukkan bahawa kereta ini dibina dengan begitu sempurna. Apabila semua elemen ini digabungkan, terhasillah sebuah model yang luar biasa dan penuh dengan karekter.

BMW Concept 8 Series hadir dengan gril kidney yang besar, sepasang lampu utama nipis dan corong kemasukan udara yang besar. Seterusnya membentuk grafik hadapan yang sangat garang dan sporty.

Mengambil inspirasi daripada coupé BMW sebelum ini, gril tersebut didatangkan untuk membentuk satu elemen yang besar.

 

Gril itu dilihat lebih lebar, menyerlahkan karekter dinamik BMW Concept 8 Series. Dengan lampu utama lazer yang super nipis dan tema “twin circular” berbentuk heksagon, pandangan akan fokus ke bahagian hadapan ini.

Warna luaran kelabu (Barcelona Grey Liquid) yang dihasilkan secara eksklusif memberi kesan optimum pada permukaan jentera ini.

Arca roda menyerlahkan kuasa dinamik dan pacuan roda belakangnya. Ruang tempat duduk dan bahagian belakang yang lebar dapat dilihat dengan jelas.  Lampu belakang yang nipis menjalar hingga ke bahagian sisi BMW Concept 8 Series dan menjadi penyambung di antara bahagian belakang dan sisinya.

Di ruang kabin, BMW Concept 8 Series menggabungkan asepek dinamik dan mewah. Konsol tengah dan pintu memberikan ruang kabin ini struktur yang kemas.

Reka bentuk sporty dipertingkatkan lagi dengan konsol tengah yang tinggi dan titik fokus visual panel instrumen lebih rendah.

Tempat duduk sports yang eksklusif itu bukan sahaja nipis, tetapi struktur asasnya diperbuat daripada kerangka gentian karbon dan dibalut dengan kulit terbaik, sekali gus menjadikannya tempat duduk yang sempurna.

Jejari aluminium yang digilap menggunakan tangan dan paddle shifter berwarna merah membuatkan anda teringat kepada litar lumba.  

Kulit Merino berwarna coklat gelap dan putih (Fjord White) memberikan ambien berkualiti tinggi kepada ruang dalaman kereta ini.

Kemasan gentian karbon dan aluminium yang digilap menggunakan tangan menghasilkan kontras yang menarik, selain membangkitkan rasa sporty dan teknikal.

Ia kemudian diserlahkan lagi dengan tuil gear dan iDrive Controller yang diperbuat daripada kaca Swarovski bersama kuart berwarna kelabu untuk memberikan anda kemasan yang penuh gaya. 

BMW 8 Series Coupé akan dibina berasaskan kepada tradisi kejayaan syarikat dalam menghasilkan kereta sports mewah, seterusnya menambah satu lagi model menarik ke dalam rangkaian model mewah sedia ada.

Google ads
Back to top button