Buletin

BMW CONCEPT X7 IPERFORMANCE – EKSPRESI JENTERA TERMAJU MASA DEPAN BMW

BMW Group Malaysia baru-baru ini memperkenakan BMW Concept X7 iPerformance buat pertama kali di negara ini dan di rantau Asia Tenggara.

Penampilannya itu sebagai tanda meraikan prestasi BMW Group Malaysia sepanjang enam bulan pertama 2018. Dalam tempoh tersebut, lebih 6,400 unit BMW, MINI dan BMW Motorrad kenderaan diserah kepada pelanggan.

Ini merupakan peningkatan sebanyak 11 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Jenama BMW mencatat pertumbuhan sebanyak 11 peratus, apabila lebih 5,300 unit kenderaan telah diserahkan kepada pelanggan. MINI pula merekodkan kenaikan signifikan, 18 peratus dengan serahan lebihi 550 unit.

BMW Motorrad menikmati peningkatan sebanyak 8 peratus dengan lebih 540 unit motosikal diserahkan kepada pemilik baru.

Portfolio kenderaan Plug-In Hybrid BMW Group Malaysia melakar jualan lebih daripada separuh berbanding keseluruhan unit kenderaan yang dijual dengan 56 peratus yang mewakili serahan lebih 3,200 unit.

Portfolio yang bermula dari segmen eksekutif sehinggalah ke segmen premium  dengan BMW 7 Series dijangka membentuk mobiliti masa hadapan di Malaysia.

Untuk makluman, BMW Concept X7 iPerformance merupakan interprestasi pendekatan terbaharu BMW Group terhadap segmen kenderaan mewah. Ia  menterjemahkan pemahaman moden berhubung mobiliti penuh visi dan kemewahan yang progresif.

Jentera itu bukan sahaja harus dilihat sebagai sebuah model produksi masa hadapan,  malah menjadi satu bentuk kajian kes berhubung kemodenan, kemewahan dan kehadiran yang akan menetapkan tanda aras terkini dalam segmen kenderaan mewah.

Secara keseluruhannya, BMW Concept X7 iPerformance menunjukkan keupayaan BMW Group dalam menggabungkan kenderaan sports activity bersaiz besar dengan rangkaian kuasa elektrik yang kemudian disempurnakan dengan keterhubungan digital.

BMW X7 yang bakal dilancarkan pada tahun 2019 itu bakal menjadi model paling besar pernah dihasilkan dalam sejarah BMW Group.

GALERI

 

Google ads
Back to top button