Buletin

BMW GROUP MALAYSIA LANCAR BMW X1

BMW Group Malaysia baru-baru ini memperkenalkan generasi kedua model Sport Activity Vehicle (SAV) kompak premiumnya, BMW X1 sDrive 20i serba baharu.

BMW-X1-2015-mekanika (5)

“Generasi pertama BMW X1 telah mencipta segmen kompak premium dan mendefinisikan semula segmen itu menerusi keseronokan pemanduan yang sangat sinonim dengan model-model BMW X.

“Dengan penampilannya yang garang, versatiliti, sistem ketersambungan inovatif dan teknologi termaju BMW EfficientDynamics, BMW X1 serba baharu nyata memiliki semua elemen untuk terus menyerlah dalam segmen yang dipelopori oleh model sebelumnya,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia Alan Harris.

BMW-X1-2015-mekanika (4)

BMW X1 ditawarkan dalam varian Sport Line. Ia menjadi model BMW X pertama yang menggunakan platform pacuan roda hadapan baharu dan dioptimumkan kecekapannya daripada sistem pacuan semua roda pintar BMW xDrive.

Perkadaran yang mantap, rekaan permukaan penuh kuasa dan ciri-ciri tipikal sebuah Sports Activity Vehicle memberikan BMW X1 penampilan yang jelas dan dapat dikenal pasti dengan pantas sebagai ahli keluarga model BMW X.

BMW-X1-2015-mekanika (1)

Bahagian hadapan nampak rugged dengan gril kidney dan penampilan penuh karekteristik melalui “six-eyed” yang terhasil daripada lampu utama berkembar berbentuk bulat itu.

Lampu belakangnya hadir dengan jalur lampu berbentuk L yang biasa ada pada model BMW. BMW X1 juga dipasang dengan rim aloi jejari berkembar bersaiz 18 inci sebagai ciri standard untuk pakej Sport Line.

BMW-X1-2015-mekanika (13)

BMW X1 sDrive20i serba baharu dikuasakan oleh enjin bersesaran 2.0 liter. Dengan teknologi BMW TwinPower Turbo, ia mampu menghasilkan kuasa maksimum 192hp dan tork puncak 280Nm.

Kuasa itu membolehkannya memecut dari 0 ke 100km/j dalam masa 7.7 saat dengan kelajuan maksimum 225km/j. Purata penggunaan bahan api ialah 5.9 liter bagi setiap 100 kilometer. Manakala emisi C0pula adalah sekitar 136 gram bagi setiap kilometer.

BMW-X1-2015-mekanika (11)

Kombinasi enjin BMW TwinPower Turbo yang ekonomikal, binaan ringan dan ciri aerodinamik itu disempurnakan lagi dengan teknologi-teknologi BMW EfficientDynamics seperti fungsi Automatic Start/Stop serta mode ECO PRO.

BMW ConnectedDrive pada BMW X1 membuatkan SAV kompak premium ini sebagai kenderaan yang memiliki teknologi paling maju dalam segmennya. Ia menawarkan BMW ConnectedDrive Services & Apps dan sistem BMW ConnectedDrive Driver Assistance.

BMW-X1-2015-mekanika (12)

BMW ConnectedDrive Services and Apps membolehkan penggunaan portal internet BMW Online menerusi satu SIM kad yang dipasang pada kenderaan. Selain membenarkan integrasi aplikasi telefon pintar dengan kereta.

Antara ciri yang disediakan adalah Intelligent Emergency Call yang akan mencipta satu sambungan secara automatik dengan pusat koordinasi kecemasan berhampiran melalui Pusat Panggilan BMW apabila diperlukan, tanpa perlu menggunakan telefon bimbit.

BMW-X1-2015-mekanika (16)

Ia menghantar maklumat lokasi terkini kenderaan dan tahap keseriusan kemalangan. Selain boleh diaktifkan secara manual sekiranya pengguna jalan raya yang lain memerlukan bantuan.

Concierge Services pula boleh diakses dengan hanya menekan satu butang. Pemandu akan disambungkan dengan Pusat Panggilan BMW yang bertindak sebagai “pembantu peribadi” mereka di atas jalan raya.

BMW-X1-2015-mekanika (10)

Sama ada destinasinya sebuah restoran tertentu, mesin ATM terdekat atau hotel, agen Pusat Panggilan BMW bersedia untuk membantu 24 jam sehari, tujuh hari seminggu. Maklumat destinasi yang diinginkan kemudan akan dihantar terus ke sistem navigasi.

Remote Services membolehkan pemandu menukar telefon pintar mereka menjadi alat kawalan jauh yang mudah dan pintar untuk kenderaan menggunakan aplikasi MY Remote.

BMW-X1-2015-mekanika (17)

BMW X1 didatangkan dalam warna putih, hitam, kelabu, gangsa dan biru bersama pilihan warna upholsteri kulit Dakota seperti hitam, merah serta Mocha.

Jentera ini ditawarkan pada harga RM279,800 (di atas jalan, tidak termasuk insurans bersama Jaminan Perbatuan Tanpa Had selama 5 tahun BMW Malaysia dan Program Servis Berjadual Percuma).

Google ads
Back to top button