BMW INI PERNAH MUNCUL DALAM FILEM 2 FAST 2 FURIOUS – TAPI KENAPA TAK LAKU DIJUAL?

SHARE

Kita semua tahu yang peminat fanatik sesebuah filem memang cukup gilakan barangan tertentu yang berkaitan dengan filem. Tengok sahaja francis filem Star Wars yang menjana berbilion USD dengan menjual alatan props dan permainan berkaitan dengan filem. Begitu juga dengan sebuah filem bertemakan kereta.

Kereta yang muncul di dalam filem tersebut biasanya akan menarik perhatian ramai pembeli di kalangan peminat. Sebuah Dodge Challenger dari filem Death Proof baru-baru ini contohnya berjaya di jual di eBay dengan nilai melebihi USD30,000.

Francis Fast and Furious juga cukup popular di kalangan peminat dan kita menyangkakan kereta-kereta yang pernah muncul di dalam filem ini akan menerima nasib yang serupa. Malangnya tidak dalam kes BMW E36 323iS ini. Kereta keluaran tahun 1999 ini pernah muncul dalam 2 Fast and 2 Furious tetapi gagal menarik perhatian pembeli. Tawaran tertinggi sebanyak USD15,000 gagal menarik perhatian pemilik agar menjualnya.

Ia merupakan sebuah daripada tiga buah kereta yang disediakan untuk filem tersebut. Satu musnah dalam aksi lagak ngeri tetapi yang satu ini kekal tanpa sebarang kerosakan. Sama seperti kereta lain dalam filem tersebut, ia telah diubahsuai secara total jadi kenapa tak laku?

Jawapannya mungkin kerana edisi kedua filem ini memang tidak berapa laku di pasaran sama seperti Tokyo Drift. Ia juga merupakan filem pertama tanpa Vin Diesel yang dikatakan menuntut bayaran yang lebih banyak jika ingin beliau membintangi filem tersebut. Hasilnya, kutipan filem itu tidaklah sehebat filem sebelumnya. Walaupun produser memperkenalkan watak Tyrese Gibson namun efeknya tidaklah sama seperti filem pertama.

BACA: TOYOTA SUPRA FAST AND FURIOUS DILELONG USD185K (RM753,000)

Malah BMW 323iS ini juga mempunyai peranan yang kecil dalam filem tersebut. Entah anda semua perasan ataupun tidak. Ia muncul sewaktu perlumbaan di atas lebuh raya sebelum terlanggar halangan yang berisi air pada bahagian pembahagi jalan.

Tambahan pula ia menggunakan transmisi automatik yang memang tidak kena tempat pada sebuah kereta sport. Walau bagaimanapun modifikasi pada luaran badan memang cukup mengkagumkan (berdasarkan pada pemerhatian masing-masing).

Jika anda seorang pengumpul barangan memorabilia filem, ini mungkin koleksi yang sesuai dan datang dengan harga yang agak menjimatkan.

(Visited 4,459 times, 50 visits today)

Share this post

scroll to top