Buletin

BMW KENDERAAN RASMI CIMB CLASSIC

BMW Group Malaysia (BGM) menyerahkan kunci BMW 5 Series dan BMW X5 sebagai kenderaan rasmi Kejohanan CIMB Classic 2015.

bmw-cimb classics 2015-mekanika (2)

Menurut Pengarah Urusan BGM, Alan Harris,  BMW telah menjadi rakan usaha sama automotif premium  CIMB Classic selama enam tahun dan pihaknya gembira untuk menjadi sebahagian dari kejayaan penganjuran kejohanan berkenaan.

“Komitmen kami dalam sukan Golf melibatkan setiap peringkat antaranya kejohanan peringkat amatur premium,  BMW Golf, PGA TOUR di Asia Tenggara dan acara FedExCup Asia Tenggara dan juga baru-baru ini Sime Darby LPGA Malaysia,” katanya.

Barisan model BMW 5 Series dan BMW X5 berkenaan akan menjadi kenderaan rasmi membawa  pemain, pegawai-pegawai, dan juga  VIP yang akan berada di Malaysia sepanjang kejohanan.

Pada kejohanan tersebut BGM turut mempamerkan model  BMW 6 Series Gran Coupe, BMW X6, BMW X1 sDrive 20I dan BMW i8. Bahkan pemenang kejohanan CIMB Classic 2015 turut membawa pulang jentera hibrid BMW i8 sebagai hadiah utama.

Kejohanan CIMB Classic 2015 akan berlangsung 29 Oktober ini sehingga 1 November depan di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC).

 

 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button