Buletin

BMW M2 2016

BMW M Siri adalah antara jentera yang sentiasa menarik perhatian penggemar model berprestasi. Dan..kehadiran BMW M2 Coupe adalah model sekian lama dinantikan sejak awal tahun 2016.

BMW-M2-2016-mekanika (4)

Khabar angin tentang spesifikasi model prestasi Jerman itu hangat diperkatakan sejak Julai lalu. Akhirnya informasi lengkap tentang model berkenaan didedahkan.  BMW M2 didatangkan dengan enjin 3.0 liter pengecas turbo yang menghasilkan kuasa maksimum 365hp dan tork setinggi 343lbs. Namun sekiranya overboost digunakan, angka tork mampu meningkat kepada 369lbs pada kitaran enjin seawal 1,450 hingga 7, 750rpm.

BMW M2 akan didatangkan dengan kotak gear 6-kelajuan sebagai standard. Walau bagaimanapun, kotak gear DCT 7-kelajuan ditawarkan sebagai pilihan. Pelaksanaan DCT akan meningkatkan pecutan M2 dari sifar kepada 100 kilometer sejam sebanyak 0.2 saat, lebih pantas 4.4 saat dengan transmisi enam kelajuan.

BMW-M2-2016-mekanika (5)

Jentera berkenaan turut dilengkapi  rim 19-inci bersama padanan tayar Michelin Pilot Super Sport dengan saiz 245 di depan dan 265 di belakang. BMW menawarkan pilihan warna putih, hitam, dan kelabu. Sepertinya warna oren terang yang digunakan oleh M Coupe tidak ditawarkan.

Bagi penampilan, M2 kelihatan lebih agresif. Ia memiliki bampar, empat ekzos, fender dan gril depan besar yang begitu sporty. Bersama skirting tepi yang aerodinamik cukup menyerlahkan imej garang BMW M2.

BMW-M2-2016-mekanika (6)

Adakah pengganti model 1 siri M Coupe ini akan hadir ke pasaran Malaysia? Kita lihat saja nanti.

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button