BMW MULA HENTIKAN PENGELUARAN ENJIN DIESEL. FOKUS PADA PHEV

SHARE

Walaupun populariti di pasaran seperti Eropah, enjin diesel agak bagus namun sambutannya di Amerika Syarikat sedikit berbeza. Pengguna negara tersebut lebih cenderung memilih nadi penggerak berasaskan teknologi hijau. Samada hibrid, elektrik atau PHEV.

Selepas skandal Dieselgate yang mengejutkan dunia, kesan enjin diesel di pasaran AS sangat ketara. Disebabkan trend permintaan yang semakin menurun, BMW Amerika memutuskan untuk menghentikan penjualan kenderaan berenjin diesel.

Jurucakap BMW Alexander Schmuck berkata, “Kami meletakkan semua harapan kami dalam bakul pasaran PHEV,” ketika jenama tersebut mengumumkan model baru X5 xDrive45e iPerformance.

BACA: BMW HALANG KAKITANGANNYA SERTAI AUDI

Schmuck menambah bahawa X5 hibrid plug-in yang akan datang mampu mencatat sekitar 64 kilometer dengan menggunakan tenaga elektrik sepenuhnya. Ini merupakan peningkatan yang ketara berbanding 123km pada model semasa.

Seiring dengan julat yang semakin meningkat, enjin plug-in X5 akan beralih daripada empat silinder 2.0-liter kepada enam selinder sebaris 3.0 liter, yang digabungkan dengan motor elektrik untuk menghasilkan 394 kuasa kuda dan tork 442 paun.

Keputusan BMW untuk meninggalkan diesel mengikuti keputusan yang sama oleh Mercedes-Benz selepas proses kelulusan untuk enjin diesel di Amerika Syarikat menjadi jauh lebih rumit pasca insiden Dieselgate.

Share this post

scroll to top