Buletin

BMW PERKENAL PROGRAM SERVIS BAHARU

BMW Group Malaysia baru-baru ini memperkenalkan program jaminan lima tahun tanpa had perbatuan dengan servis berjadual secara percuma untuk semua kenderaan BMW, termasuklah model BMW M dan BMW i8 bermula i Jun 2015.

 BMW-service-program-mekanika (2)

“Dengan program pemilikan yang baru ini, para pelanggan kami boleh menikmati servis terbaik untuk BMW mereka,” kata Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Alan Harris.

Program jaminan itu menawarkan perlindungan lanjutan sehingga lima tahun. Malah ia turut merangkumi servis berjadual percuma sehingga 100,000km.

 BMW-service-program-mekanika (3)

Skop servis itu berdasarkan kepada status BMW Condition Based Service (CBS). Ini termasuklah pemeriksaan kenderaan, servis minyak enjin dengan penapis minyak. Komponen yang terlibat dalam program baharu ini ialah penapis udara, penapis minyak, penapis mikro, palam pencucuh dan cecair brek.

Komponen seperti cakera, pad brek serta penggilap cermin bagaimanapun telah dikecualikan daripada program jaminan dan servis.

Pemilik kenderaan BMW layak untuk menerima program jaminan ini berdasarkan kepada servis berkala yang dicadangkan oleh pengilang di mana-mana pengedar sah BMW di seluruh negara.

 BMW-service-program-mekanika (5)

Sekiranya servis dilakukan di bengkel tidak sah, BMW berhak untuk menolak sebarang tuntutan sekiranyanya berlaku kerosakan akibat penggunaan alat ganti tiruan.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.bmw.com.my atau hubungi BMW Voice di talian 1800-88-3000.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button