BOON SIEW HONDA PERKENALKAN HONDA BeAT 2017 – CORAK TERKINI, LEBIH SENSASI

SHARE

Boon Siew Honda (BSH) hari ini secara rasmi memperkenalkan model Honda BeAT 2017 baharu yang datang dengan corak terkini.


Corak grafik pada badan luaran Honda BeAT baharu ini mempunyai dua tona warna. Ia juga dilengkapi dengan roda aloi 14-inci yang dipasang dengan tayar tanpa tiub. Empat warna pilihan diberikan iaitu Space Magenta Metallic (warna baru), Pearl Nightfall Blue, Pearl Magellanic Black dan Vivacity Red.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BSH, Encik Nobuhide Nagata, “Tahun lalu, BSH melancarkan Honda BeAT untuk pasaran penunggang muda. Kini, kami menambahbaik rekabentuk Honda BeAT dengan warna-warna baharu serta corak grafik
terkini”

“Ia bukan sahaja mempunyai kelengkapan keselamatan yang terbaik  malah rekabentuk Honda BeAT ini juga menjadikan mereka nampak lebih bergaya ketika menunggangnya.”

Honda BeAT kekal sebagai salah satu skuter yang mempunyai teknologi keselamatan terbaik. Seperti model sebelumnya, Honda BeAT dilengkapi dengan sistem Combi Brake System (CBS) yang unik bagi produk BSH.

Sistem CBS memberikan jarak membrek yang lebih pendek dan ia memberi lebih kawalan kepada penunggang terhadap jenteranya.

Honda BeAT juga mempunyai ciri Smart Lock System yang memastikan brek terkunci semasa menghidupkan enjin atau semasa parkir. Ini untuk mengelakkan kejadian memecut dengan tidak sengaja ketika dalam trafik.

Ia turut dilengkapi dengan Side Stand Switch di mana suis pada tongkat sisi akan mematikan enjin apabila tongkat diturunkan.

Skuter kecil inimenggunakan enjin ESP dengan teknologi kurang-geseran (low-friction). Selain itu, ia juga menggunakan sistem suntikan bahan api (PGM-FI) yang membenarkan jarak tunggangan lebih jauh dengan penggunaan bahan api yang minimum.

Honda BeAT juga adalah skuter pertama yang menerima status pengiktirafan EEV di Malaysia.

BSH yakin bahawa pelancaran Honda BeAT 2017 baharu ini akan meningkatkan pegangan BSH dalam pasaran motosikal terutamanya generasi muda iaitu dari 24 peratus ke 34 peratus.

Harga Honda BeAT baharu ini adalah RM5,724 (harga bilik pameran, termasuk GST).

 

(Visited 325 times, 6 visits today)

Share this post

scroll to top