BuletinMotosikal

BOON SIEW LANCAR HONDA CBR650F & CB650F 2017, LEBIH SPORTY, LEBIH BERKUASA.

Boon Siew Honda (BSH) melancarkan mesin empat silinder kelas pertengahan (middleweight) Honda CBR650F dan CB650F model 2017 dengan spesifikasi yang dinaik taraf dan warna baharu.

2017 CBR650F dan CB650F menerima banyak peningkatan, dari segi keluaran kuasa, kedua-dua model ini mencatat 67kW pada 11,000rpm lebih tinggi berbanding dengan model 2016.

Peningkatan ini diperolehi menerusi pengurusan pengubahsuaian sistem aliran masuk (intake) dan ekzos yang baru dan juga peredam bunyi yang lebih pendek.

Ia turut dilengkapi suspensi Showa Dual Bending Valve (SDBV) fork hadapan yang baharu dan angkup brek Nissin brek. CBR650F dan CB650F model tahun 2017 kini juga datang dengan rekaan lampu bereteknologi LED di bahagian hadapan dan belakang.

Rekabentuk luaran agresif dua-dua model ini juga menonjolkan rupa keseluruhan yangmengambil insiprasi “abang besar” CBR1000RR FireBlade 2017

Kedua-dua model CBR650F dan CB650F baharu ini boleh didapati di Pengedar Impian Honda mulai 1 Ogos 2017

Model Warna Harga
CBR650F 1.   Mat Gun Powder Black (Hitam)

2.   Millennium Red (Merah)

3.   Pearl Metalloid White (Putih)

STD: RM 47,115.94
CB650F 1.   Mat Gun Powder Black (Hitam)

2.   Millennium Red (Merah)

3.   Pearl Spencer Blue (Biru)

4.   Sword Silver Metallic (Perak)

STD: RM 44,995.94

Harga yang disyorkan termasuk GST tetapi tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Model tersebut juga didatangkan dengan jaminan kilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu).

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan 2017 CBR650F dan CB650F Baharu ini, sila layari laman Facebook kami: www.facebook.com/HondaMotorcyclesMalaysiaBoonSiewHonda.   Atau hubungi talian percuma 1800-88-3993 (Isnin ke Jummaat, 8pg hingga 5ptg. Tidak termasuk cuti umum).

GALERI HONDA CB650F

GALERI HONDA CBR650F

Google ads
Back to top button