BuletinMotosikal

BOSS YAMAHA AKUI MOTOSIKAL ZARCO SAMA DENGAN ROSSI DAN VINALES

Atas desakan media yang kebelakangan ini kerap mengkritik tentang jentera pasukan Yamaha Movistar, ketua pasukan Yamaha Lin Jarvis akhirnya membuka mulut.

Beliau telah ditanya oleh speedweek, Lin Jarvis dengan rasminya menafikan pasukan satelit Yamaha Tech3 menggunakan motosikal M1 keluaran 2017 seperti yang diwar-warkan sebelum ini.

“Motosikal Johann Zarco sama sahaja dengan pasukan Movistar Yamaha. Motor Zarco Sama dengan Rossi dan Vinales. Ia motosikal M1 versi 2018.

Sehingga ke pusingan ke empat musim ini, pasukan Yamaha Movistar menerima kritikan kerana gagal mencatat keputusan yang baik. Mereka langsung tidak memenangi sebarang kejuaraan dan kelihatan seperti Maverick Vinales dan Valentino Rossi seperti “menderita” sama dengan penyakit motor tahun lepas.

BACA: ROSSI GESA YAMAHA PERBAIKI ELEKTRONIK

Bukan sahaja Rossi dipersalahkan sebagai pelumba lama yang tidak kompeten, tetapi pelumba muda Vinales juga mengalami keadaan yang serupa. Kedua-dua pelumba cuba memberikan input yang betul kepada pasukan Movistar, tetapi masih tidak menghasilkan hasil yang diharapkan.

Pasukan rasmi Yamaha semakin diperkecilkan apabila ada fakta mengatakan bahawa Zarco berlumba lebih baik dengan motosikal 2017. Padahal beliau menunggang motosikal yang sama. Beliau menjadi pelumba Yamaha terbaik di trek dalam hampir semua keadaan.
 
Inilah sebabnya Lin Jarvis seperti yang dilaporkan oleh speedweek.com, mengakui Zarco secara konsisten adalah pelumba yang terbaik dari semua motosikal pasukan Yamaha,
 
Kemudian Lin Jarvis bercakap mengenai motor yang diberikan kepada Zarco,
 
“Dia (Zarco) mempunyai motosikal yang sama dengan pasukan rasmi Yamaha-Movistar. Zarco menunggang motosikal dengan aerodinamik terkini dan enjin yang sama. Spesifikasi motor lebih kurang sama dengan mesin pengeluar (Rossi dan Vinales).
 
“Perbezaannya adalah jika ada sesuatu (bahagian) yang baru untuk dicuba, pasukan Yamaha-Movistar yang akan mengujinya terlebih dahulu. Selain daripada itu, semuanya sama,”
 
Akhirnya, Lin Jarvis mengatakan bahawa walaupun masih terdapat banyak kerja yang perlu dilakukan, mereka yakin bahawa mereka telah mengambil jalan yang betul untuk mendapatkan jentera mereka kembali ke tahap terbaik mereka.
Google ads
Back to top button