BOTTAS MINTA PEMINAT MEREKA CORAK BARU UNTUK HELMET MUSIM 2018

SHARE

Ia peluang baik untuk peminat F1 yang kreatif. Anda kini berpeluang mereka corak baru bagi helmet yang akan dipakai oleh Valtteri Bottas sepanjang musim 2018. Ia cukup unik kerana peminat diberikan peluang yang jarang ada untuk mencipta rekaan grafik helmet yang paling menarik.

Peraduan ini telah diumumkan secara rasmi di media sosial pasukan Mercedes AMG Petronas dan akan berlangsung sehingga 12 Januari 2018. Tak lama lagi tu.

Rekaan terbaik akan dipilih oleh Bottas, rakan sepasukan Lewis Hamilton dan akan digunakan sepanjang musim 2018. Ini bermakna helmet ini akan beraksi di setiap pusingan pada 2018. Jumlah perlumbaan pada kalendar 2018 ialah sebanyak 21 perlumbaan.

Cara untuk menyertainya juga cukup mudah kerana anda cuma perlu mengolah kembali lakaran helmet yang sudahpun disediakan oleh pasukan Mercedes dan Bottas. Setelah siap, kirimkan penyertaan anda dalam bentuk fail PDF ke VB77Helmet@mercedesamgf1.com.

BACA: INILAH GAYA MERCEDES SINDIR KEKALAHAN FERRARI DALAM F1

Pemenang bukan sahaja akan dapat melihat rekaannya dipakai oleh Bottas sepanjang musim tetapi beliau juga akan menerima sebuah replika helmet tersebut lengkap dengan tandatangan pelumba dari Finland itu.

Maklumat lanjut mengenai peraduan ini boleh didapati di laman sosial Mercedes AMG lain seperti Twitter@MercedesAMGF1.

Peraduan seumpama ini bukannya pertama kali diadakan kerana Jenson Button pernah mengadakan peraduan yang sama. Begitu juga dengan Lewis Hamilton pada awal musim 2016 dengan mendapat sambutan daripada 8,000 penyertaan dari seluruh dunia.

Tunggu apa lagi, daripada situ bergaduh di laman sosial baik tunjukkan kreativiti anda dengan mereka lakaran grafik baru untuk Bottas, glamer dapat helmet baru pun dapat.

Share this post

scroll to top