BROSUR PERODUA SUV BOCOR. NAMANYA PERODUA ARUZ?

SHARE

Hari ini mula tersebar satu brosur di laman sosial. Jika ianya tulin, SUV Perodua yang akan dilancarkan tak lama lagi akan dikenali dengan nama Perodua ARUZ.

Ia adalah produk penting Perodua sebagai pembuakan tirai tahun baru 2019. Menerusi beberapa risikan kami, Aruz akan dilancarkan dalam tempoh sebulan dua lagi.

BACA: PERODUA SUV SAH TERIMA PENARAFAN EEV

Jika anda mengikuti perkembangan semasa, Tuan Ajerul beberapa kali membuat lakaran jangkaan SUV Perodua ini. Dalam entri terbaru beliau pada minggu lalu, ia dikatakan adalah yang paling mirip kerana didasarkan dari teaser yang disiarkan oleh pihak Perodua sendiri

Tidak seperti Myvi dan Bezza yang mungkin menyebabkan ramai tertanya-tanya bentuk keseluruhannya, Perodua SUV yang sebelum ini dikenali dengan kod D38L adalah hasil rebadging Daihatsu Terios. Ia adalah model yang sama yang dikeluarkan oleh UMW – di bawah lencana Toyota Rush.

BACA: SUV PERODUA ARUZ AKAN DATANG?

Antara beberapa ciri penting Perodua Aruz ialah;

  • SUV pacuan 2WD dengan kapasiti TUJUH kerusi
  • DIkuasakan enjin Dual VVT-i 1.5L
  • Dilengkapi dengan fungsi “Eco Idle”
  • Mendapat Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dengan catatan 15.6km/liter.
  • Semua varian mempunyai 6 beg udara
  • Bantuan Keselamatan Termaju (ASA) 2.0, dengan fungsi pengesan pejalan kaki.
  • Kamera undur
  • Port mengecas di semua tempat duduk
  • Lampu depan LED dengan fungsi “follow me home”
  • Rim aloi standard 17 inci
  • Lima pilihan warna, Amazon Green, Granite Grey, Electric Blue, Glittering Silver dan Ivory White

KREDIT: THE AJERUL

GALERI

Share this post

scroll to top