BUAT PERTAMA KALI, UK PERKENALKAN HONDA CIVIC SEDAN (DAN ENJIN 1.0 TURBO)

SHARE

Ya. anda tak salah dengar. Honda Civic FC yang terbaru di pasaran sekarang hanya ditawarkan dalam versi hatchback lima pintu sahaja di Britain.

Buat pertama kalinya, Honda UK telah menawarkan versi sedan penuh dan berbeza dengan hatchback dengan pilihan enjin pelbagai, model sedan ada pilihan yang terhad.

Salah satunya ialah enjin 1.0 liter turbo 129ps. Ya. ia bukanlah enjin baru pun. Di sebuah negara yang mana undang-undang emisi dan struktur percukaiannya adalah berdasarkan perlepasan karbon, enjin begini memang calon yang sesuai. Ia ditawarkan dengan transmisi manual dan juga CVT.

Isuzu Dmax Desktop

Tiada enjin 1.5TC sebagaimana pasaran Asia.

Selain 1.0 petrol, model baru ini juga didatangkan dengan enjin 1.6 liter i-DTEC. Mungkin kedengaran asing, tetapi ia enjin disel yang popular di Eropah. 

BACA: PANDU UJI HONDA CIVIC 2016

Ia juga diberi pilihan transmisi manual atau automatik SEMBILAN kelajuan.

Sama seperti model Civic yang lain, ia dipasangkan di Kilang Honda Turki. 

Honda UK akan mengumumkan harga jualan dalam masa terdekat. Tempahan akan mula diambil bermula Ogos depan.

 

 

 

Share this post

scroll to top