Buletin

BUGATTI CHIRON SPORT DILANCARKAN DI MALAYSIA – RM12.5 JUTA DAN UNIT INI SUDAHPUN DIJUAL!

Ditawarkan pada harga RM12.5 juta seunit (tidk termasuk cukai dan sebagainya), Malaysia ialah negara kedua yang menerima jentera ini di Asia. Chiron Sport akan dipamerkan selama tiga hari di Malaysia. Dimulakan dengan sesi untuk media, sebelum diikuti oleh pengenalan kepada pelanggan berpotensi.

Chiron Sport ialah Chiron yang yang telah ditambah baik berbanding model biasa. Ia mula diperkenalkan kepada umum pada acara Geneva Motor Show 2018.

Chiron dilancarkan pada tahun 2016 sebagai pengganti kepada Veyron. Untuk makluman, ketika Chiron yang terhad kepada 500 model itu didedahkan, ia merupakan antara model supercar yang paling berkuasa dan pantas di dunia.

Apa yang membezakan Chiron Sport dengan Chiron biasa? Banyak sebenarnya. Antaranya Chiron Sport disifatkan sebagai model yang lebih mesra litar. Pasukan jurutera Bugatti telah melaras sistem suspensi agar10 peratus lebih keras.

Sterengnya juga ditala semula untuk menawarkan pengendalian lebih mantap. Sistem suspensi belakang kini hadir dengan ciri Dynamic Torque Vectoring yang membantu pemandu mengawal kereta ketika dipandu dalam kelajuan tinggi.

Sebanyak 18kg berjaya dikurangkan berikutan penggunaan rim baharu, pelindung intercooler, stabilizer dan penggilap cermin yang diperbuat daripada gentian karbon – pertama di dunia.

Jentera ini juga menggunakan kaca pada tingkap belakang dan deflector ekzos yang lebih ringan.

Chiron Sport masih menggunakan khidmat enjin quadturbocharged W16, 16 selinder bersesaran 8.0 liter. Enjin tersebut mampu menjana kuasa sehingga 1,500PS. Hasilnya, ia mampu memecut dari 0 -100km/j dalam masa kurang 2.5 saat dan mencatat kelajuan maksimum 420km/j.

BACA: BUGATTI CHIRON SPORT – LEBIH RINGAN, LAJU DAN HARGANYA RM12.7 JUTA

Dari segi luaran, Chiron Sport dipasang paip ekzos berbentuk bulat, logo Sport pada pintu dan konsol tengah, butang penghidup enjin berwarna hitam serta mode ‘Handling’.

Bugatti juga menawarkan satu set warna dan kemasan khas untuk model ini. Untuk ruang kabin, ia menggunakan tiga material berbeza. Alcantara untuk pelapik bumbung, kulit pada tempat duduk, kemasan pintu serta gentian karbon bagi papan pemukda dan kolum stereng.

GALERI

Google ads
Back to top button