BUGATTI CHIRON TERAWAL BAKAL DILELONG – HARGA BERMULA RM15.5 JUTA 

SHARE

Salah sebuah daripada 20 unit terawal Bugatti Chiron yang diserahkan kepada pelangggannya di seluruh dunia akan dilelong oleh pihak RM Sotheby’s Februari 2018.

Chiron ini dilihat hampir 100 peratus sama dengan model yang dipamerkan pada acara geneva Motor Show 2016. Ia tampil dengan warna biru Atlantic dua tona bersama pelekat French Racing Blue.

Antara ciri-ciri pilihan lain yang ada ialah stereng gentian karbon, angkup brek berwarna Maritime Blue dan tempat duduk dibalut kulit berwarna coklat.

Firma lelongan itu menyatakan bahawa hypercar tersebut diserahkan kepada pemiliknya pada April 2017. Perbatuan yang dicatatkan hanya 1,000km.

Chiron dikuasakan oleh enjin quad-turbo 8.0 liter W16 yang mampu menjana 1,500hp dengan pecutannya dihadkan secara elektronik pada kelajuan 420km/j. Jika menggunakan tayar yang betul, ia boleh mencecah kelajuan melebihi 450km/j.

Harga anggaran lelongan Chiron ini adalah di antara 3.2 juta euro (RM15.5 juta) hingga 3.6 juta euro (RM17.4 juta).

Share this post

scroll to top