BUGATTI CHIRON TERPAKAI INI RM 5.6 JUTA LEBIH MAHAL DARI HARGA BAHARU

SHARE

Ini adalah contoh yang kaya bertambah kaya. Alah membeli menang memakai, sekali beli Bugatti Chiron bertambah kaya. Tidak banyak kereta yang mempunyai kenaikan harga sebaik sahaja melepasi bilik pameran namun ini lah yang berlaku pada Bugatti Chiron milik seorang hartawan dari United Kingdom.

Kekayaan beliau akan bertambah lagi GBP 1 juta apabila Bugatti Chiron dengan perbatuan 1609 kilometer terjual nanti. Chiron yang hendak dijual itu adalah unit terpakai pertama di UK.

Trend ini adalah biasa untuk kereta eksklusif dan berdasarkan nilaian, harga terpakai Bugatti Chiron 420 km/j itu telah meningkat kepada GBP 3.6 juta (RM 20,209,832) iaitu pertambahan sebanyak GBP 1.1 (RM 6,175,474) juta daripada harga asal GBP 2.5 juta (RM 14,035,196)

Chiron terpakai itu sekarang berada di pusat jualan kereta super iaitu Romans International di Surrey. Bugatti Chiron adalah yang paling berkuasa, paling pantas dan paling eksklusif untuk siri kereta sport super. Chiron berwarna hitam pula adalah di antara yang terawal dihantar ke UK.

Bugatti menghadkan hanya 500 Chiron akan dikeluarkan dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Selain itu, Chiron yang hendak dijual ini didatangkan dengan beberapa spesifikasi istimewa seperti interior karbon dan kulit bernilai GBP 53,000 (RM 294,242) dan kerusi gentian karbon berhaga GBP 16,000 (RM 88,827) iaitu hampir sama nilai dengan sebuah Ford Fiesta paling premium di UK.

Pusat jualan yang mempamerkan Chiron itu pula bukan biasa-biasa dengan pengalaman hampir 20 tahun dalam bisnes kereta sebegini. Tahun ini, Romans International berjaya menjual Maserati MC12 dan dua unit Ferrari LaFerraris, dengan setiap satu unit kereta mencecah GBP 3 juta (RM 16,655,593).

Menurut Pengarah Romans International, Tom Jaconelli, “Walaupun Chiron ini belum terjual tetapi jika anda memesan sebuah Chiron pada hari ini, tempoh menunggunya mungkin mengambil masa tiga hingga empat tahun sebelum ia dibina dan diserahkan. Oleh itu, kami menawarkan peluang untuk ‘potong barisan’ dan semestinya pada harga yang premium untuk mendapatkan keistimewaan ini.”

BACA: 250 UNIT BUGATTI CHIRON SUDAH DITEMPAH- PELANGGAN BAYAR RM11 JUTA WALAUPUN TANPA PANDU UJI

BACA: CHRISTIANO RONALDO DUTA BUGATTI CHIRON

Share this post

scroll to top