Buletin

BUKAN NAK MENUNJUK TAPI CIVIC TYPE-R CIPTA REKOD LAGI. KALI INI TERPANTAS DI ESTORIL

Honda sebenarnya jarang nak menunjuk-nunjuk prestasi kereta mereka. Dari zaman NSX, Integra Type-R sampailah ke NSX terbaru, jarang sekali Honda mempamerkannya.

Kehebatan “R” selalunya diketengahkan oleh pelumba, peminat dan juga pasukan persendirian. Mungkin kerana model-model asal ini hanya dibuat untuk Jepun (JDM), jadi tak nampak pulak Abang Japar kat mana faedahnya kalau dibuat promosi menggila.

Tapi untuk model FK8R 2017 yang sudah dipasarkan sebagai model global, Honda nampaknya tidak mahu lagi berselindung. Pertama kali, mereka mencubanya di Nurburgring dan ia adalah kereta 2WD terpantas di dunia.

BACA: CIVIC FK8R, KERETA FWD TERPANTAS DI NURBURGRING!

Selain NUrburgring, Civic TYpe R ini juga Magny-Cours, Spam dan litar Silverstone. Sekarang Honda Civic Type R telah menetapkan satu lagi rekod terpantas – kali ini di litar Estoril.

Catatan masa 2:01.84 diperolehi oleh pelumba kereta Tiago Monteiro, bekas pemandu F1 yang mempunyai banyak pengalaman perlumbaan Honda Civic di trek.

Pemandu yang berasal dari Portugal ini menghabiskan lima musim terakhir memandu untuk Honda (dan enam sebelum itu dengan Seat) dalam Kejohanan Kereta Touring Dunia, memenangi sebelas perlumbaan – termasuk satu di Estoril.

Estoril ialah litar yang pernah menjalani Grand Prix Portugis, yang terletak di Monteiro. Panjangnya 4.2 kilometer (2.6 batu), dengan perubahan panjang / ketinggian lurus dan dramatik.

Rekod untuk kereta pacuan hadapan sebelum ini dipegang CIvic TYpe R FK2R pada 2: 04.08, yang yang dibuat oleh pemandu Bruno Correia dua tahun lalu. Itu menjadikan model baru ini hampir empat saat penuh lebih cepat daripada yang lama membuktikan bahawa bukan hanya kuasa kuda yang jadi penentu. Kadar kemajuan dalam pembangunan automotif model ini menar-benar ekstensif.

Jika anda tertanya-tanya siapa yang memegang rekod kereta pengeluaran terpantas, ia masih dipegang Nissan GT-R (R35) yang mencatatkan 1: 55.28.

Lap tercepat yang pernah dicapai pada konfigurasi semasa pula dipegang oleh Alexandre Premat dalam Lola A1GP pada tahun 2005 pada 1: 31.106.

Google ads
Back to top button