Buletin

CABARAN NISSAN JURASSIX PARK 4X4

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) sekali lagi membawakan keterujaan menempuh laluan off-road untuk para pelanggannya dan orang ramai menerusi acara Cabaran Nissan Jurassix Park 4×4. 

SONY DSC

Bertempat di Kota Kinabalu, Sabah bermula pada 13 hingga 15 Disember lalu, ini merupakan acara kali ketujuhseumpamanya yang dianjurkan oleh ETCM sejak tahun 2004. Sebanyak 54 penyertaan menyahut cabaran untuk menikmati pengalaman yang disediakan oleh rangkaian  kenderaan 4×4 Nissan. Selain berpeluang   memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM20,000.

Satu trek yang dibina khas di Nissan Village di ALAMESRA dilengkapi pelbagai laluan mencabar. Orang ramai dapat merasai pengalaman melalui laluan off-road pada 13 dan 15 Disember di dalam Nissan NAVARA yang tersedia untuk diuji.

4x4 Off Road Warrior Challenge 3

Pada 14 Disember, pemilik kenderaan Nissan berpeluang mempelajari dan memahami kemampuan dan ciri-ciri jentera 4×4 mereka. Para peserta kemudian akan bersaing untuk mendapat tempat teratas dalam “Cabaran Mencari Juara 4×4 Off-Road”. Mereka berdepan dengan 25 peringkat yang memompa adrenalin. Ini termasuklah cabaran fizikal  yang benar-benar menguji keupayaan individu dan mesin.

1st Prize Winner

Ade Azlhan Ramdan dan Mohd Hazle Sidikberjaya mengalahkan semua peserta lain untuk muncul sebagai juara dan membawa pulang hadiah utama. Satu majlis peyampaian hadiah dan makan malam yang istimewa diadakan Nexus Resort & Spa Karambunai di Kota Kinabalu.

SONY DSC

“Acara ini merupakan peluang terbaik bagi para pemilik Nissan untuk meneroka kemampuan kenderaan 4×4 Nissan mereka. Bagi bakal pembeli pula, mereka boleh  merasai sendiri pengalaman memandu kenderaan Nissan.

Kami berbesar hati untuk membawakan acara ini ke Malaysia buat kali ketujuh sejak ia dimulakan pada tahun 2004. Pilihan lokasi Malaysia Timur sekali lagi menunjukkan komitmen ETCM untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami di seluruh negara,” kata Pengarah Eksekutif ETCM, Datuk David Chen.

SONY DSC

Nissan NAVARA yang telah ditambah baik hadir dalam varian SE atau LE. Ia dikenali kerana penampilannya yang maskulin dan digabungkan bersama prestasi dinamik serta keselesaan. Trak pikap semakin mendapat tempat dalam segmen trak pikap. Ia juga popular dalam kalangan profesional sebagai kenderaan peribadi dan perniagaan.

SONY DSC

Maklumat lanjut mengenai produk-produk Nissan, perkhidmatan dan acara yang dianjurkan oleh ETCM boleh didapati di laman web: www.nissan.com.my

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button