Buletin

CABARAN TOYOTA ECO YOUTH 2013

Pelajar-pelajar dari SMK Lopeng Tengah, Miri, Sarawak, SMK (A) Wataniah, Machang, Kelantan dan SM St Michael Penampang, Sabah muncul sebagai pemenang pada Cabaran Toyota Eco Youth 2013 (TEY 2013) baru-baru ini. Masing-masing memenangi tempat pertama, kedua dan ketiga.

Champion of Toyota Eco Youth 2013 - SMK Lopeng Tengah from Sarawak

Untuk mencatat markah tambahan, pasukan juara TEY 2013 iaitu Nature’s Rangers dari SMK Lopeng Tengah memastikan mereka melibatkan seberapa ramai pihak termasuklah Gereja St Barnabas, Majlis Bandaraya Miri dan Jabatan Alam Sekitar tempatan bagi memacu kesedaran tentang alam sekitar. Pada masa sama, meraih sokongan undi untuk sekolah mencapai kemenangan.

Pemenang tempat kedua, SMK (A) Wataniah, Machang, Kelantan, menceritakan bagaimana usaha mereka mencari projek bersesuaian. Kesungguhan mereka membuahkan hasil apabila terserempak dengan seorang ketua kampung yang memerlukan bantuan untuk melupuskan sampah di ladang kelapa sawit Felda Kemahang II.

2nd Place - SMK (A) Wataniah

Usaha mereka membersihkan bertan-tan sampah bukan sahaja mendapat liputan akhbar sebanyak lima kali dalam tempoh kempen TEY 2013 berlangsung, malah turut mendorong pemeteraian Memorandum Persefahaman di antara Felda Kemahang II dan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kebersihan Awam serta Pejabat Tanah di Tanah Merah bagi menyediakan perkhidmatan pungutan sampah di kawasan terbabit.

Inisiatif tersebut memberikan sekolah itu bonus tambahan kerana ia menjanjikan kesinambungan projek, walaupun selepas Cabaran TEY tamat. Kesinambungan merupakan elemen penting dalam sebarang projek supaya impaknya boleh dinikmati untuk tempoh yang lama.

3rd Place - SM St Michael

Tidak mahu ketinggalan, pemenang hadiah ketiga iaitu pasukan World Wise dari SM St. Michael Penampang, Sabah. Mereka menukar inisiatif kitar semula sekolah menjadi acara hijau mengutip derma dan memastikan sekolah terlibat dalam projek menarik membuat bola lumpur.

Bola lumpur itu kemudian diletakkan ke dalam longkang yang tersumbat. Sementara perangkap awal gris diperbuat daripada bahan-bahan kitar semula digunakan untuk membersihkan longkang.

during the exhibition tour, lead by Datuk Ismet Suki (left) with Tn Hj Zainudin Abas & Datuk Takashi Hibi

Aspek teknikal projek mereka terhasil daripada bengkel-bengkel kendalian Jabatan Kerja Raya Penampang, Majlis Daerah, Jabatan Saliran dan Perparitan serta Jabatan Lanskap. Ilmu yang diperolehi itu membantu mereka mewujudkan blog yang menerima anugerah Laman Web Terbaik.

Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki melahirkan rasa gembira dengan cara para peserta mencipta perkongsian strategik dengan perniagaan-perniagaan tempatan, jabatan perbandaran dan agensi kerajaan untuk mencari rumusan kreatif ke atas masalah alam sekitar yang dihadapi masyarakat setempat.

Members of the Science & Environment Club sorting out used plastic bottles

Para pemenang dihakimi berdasarkan markah di lokasi projek, pembangunan laman web/blog, pameran dan persembahan pada konvensyen TEY. Sistem agihan markah ini membantu para pelajar melihat projek secara menyeluruh. Bermula dari perancangan dan pembangunan idea hingga ke pelaksanaan, pemasaran, penerangan, dan input kreatif.

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button