Buletin

CAMARO GEN-6 BINTANGI TRANSFORMERS: THE LAST KNIGHT

Bermula sebagai generasi pertama pada tahun 1984 hingga 1993, Transformers merupakan antara filem aksi yang paling popular.

Transformers-the-last-knight-bumblebee-2016-chevrolet-camaro-mekanika (2)

Bagi filem kelima Transformers: The Last Knight, watak Bumblebee bakal hadir dalam bentuk Chevrolet Camaro generasi keenam bersama gayaan unik.

Sekali pandang, ini merupakan Bumblebee yang paling agresif pernah ada dalam Transformers. Lencana Autobot dilekatkan pada sebelah kanan di bawah gril berwarna hitam.

Jentera itu dipasang dengan skirt sisi yang dibina khas oleh pihak General Motors. Fascia hadapan pula disempurnakan dengan lip spoiler, hud dan lampu nyalaan siang LED. Camaro itu kemudian menggunakan khidmat rim berprestasi tinggi HRERB2.

Produksi filem tersebut dikatakan sedang rancak berjalan sekarang. Ia dijangka menemui penonton pada 23 Julai  2017.

Google ads
Back to top button